Kaki Novel

Nampaknya cuti maternity di penghujung bulan Ogos ni jadual aku padat. Bukan setakat menjaga kesihatan diri dan baby, aku perlu menonton anime bahasa Jepun, ulang kaji pelajaran bahasa Jepun, siapkan manuskrip yang terbengkalai (dalam kiraan ada empat), dan membaca novel-novel KN yang aku baru dapat semalam. Ada 7 buah novel: Izinkan Mimpi Berulang (Zaharah Muhammad), Bahang Selatan (Aimy Najwa), Seteguh Kasih Aina Najihah (Dina Najat), Awang Vampiro (Nizam Zakaria), Cinta Seindah Madah (Puteri Andalas), Suatu Penantian (Antasya Balkis) dan terbaru daripada KN, Cupid Love (Rafizah Nordin). 

Orang tua-tua kata, masa berpantang tak boleh mambaca dan menjahit. Selari dengan perubahan zaman, senarai itu dipanjangkan kepada tak boleh menonton tv dan menghadap komputer. Tak kan lah aku nak tidur aje sehari suntuk. Naik lemaklah badan. Tambah-tambah lagi kalau ada bibik maid. Lagilah aku duduk goyang kaki. Dulu masa pantang, aku memang tak duduk diam. ke hulu ke hilir jalan-jalan tengok rumah. Boring sungguh duduk saja.

Ada sesiapa boleh bagi scientific verification yang menyokong dakwaan bahawa semasa berpantang tak boleh membaca, menjahit, menonton tv dan menghadap komputer? Aku nak juga tahu kesahihannya sebelum aku buat keempat-empat perkara tersebut secara serius nanti.

Ulasan

  1. Hai, Izza. Lama tak ke mari. Harap dah ready untuk bersalin dan juga berpantang.


    p/s : Anime yang awak nak tengok tu, tajuk apa?
    Awak ambil kelas bahasa Jepun kat mana?

    BalasPadam
  2. norra...lama tak dengar khabar. sy belajar bahasa jepun di opis. wajib bg setiap staff sbb kami consultant program kejuruteraan dlm bahasa Jepun. anime apa2 asalkan dlm nihonggo

    BalasPadam
  3. memang sengaja menyepikan diri buat seketika... to much things happened.

    Tak terfikir ke nak buat kelas Bahasa Jepun kat dalam blog awak ni? :-D

    BalasPadam
  4. eheheheh...lom terfikir lagi nak buat sebab baru belajar. tunggulah kalu dh expert sok -:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Sambal hangit

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap