Pesta Buku Lagi

Kompleks PKNS, Shah Alam 25 Julai - 3 Ogos 2008


PWTC, Kuala Lumpur 31 Julai - 3 Ogos
Hani Ismail akan berada di booth PTSOne pada 2 Ogos (Sabtu).
Sila ke blog AG untuk maklumat lanjut


Masa untuk menghabiskan duit membeli buku sudah tiba lagi. Tapi aku musykil gak. Dapatkah penerbit buku mengaut untung besar kali ini selepas kenaikan harga minyak yang mendadak? Kalau penerbit buku tak boleh buat untung, penulis macam aku pun tak boleh cari makan ler. Emm...alahai!


Satu lagi, kenapa kedua-dua pesta ni diadakan hampir serentak? Sebab nak rebut tarikh sebelum bulan Ramadhan ke? Kalau buat lepas raya, tak dapat sambutan kut sebab duit dah banyak habis beraya. Kalau buat hujung tahun, mak bapak sibuk simpan duit untuk musim sekolah tahun depan.


Ni termasuk dalam kategori akulah. Tahun depan Aliyah masuk darjah satu. Aku pun masih blur lagi apa yang perlu dibeli selain daripada baju dan kasut sekolah. Buku teks nak kena beli ke? Ataupun dah boleh dipinjam? Buku latihan berapa kilo nak beli? Perlukah beli beg beroda untuk Aliyah memandangkan buku sekolah dia nanti berkoyan-koyan?


Yuran sekolah berapa ringgit? Ataupun dah dimansuhkan dan diganti dengan bayaran lain? Aku memang confused. Itu baru sekolah rendah. Belum masuk part sekolah agama dia lagi. Nak arrange transport angkut dia pergi balik lagi. Mujur dia duduk rumah mak. Terjamin juga kebajikan dia nanti. Akulah yang kena mendisiplinkan diri balik bangun seawal subuh sepie macam masa keje tempat lama dulu sebab nak hantar dia ke rumah mak nanti. Aduhai! Mujur aku dah tak payah nak transit ke Shah Alam setiap Jumaat. Kalu tak, perjalanan aku mesti banyak lencongan. Tapi ini semua cerita hujung tahun dan awal tahun depan. Ada masa lagi nak buat persediaan.


Berbalik pada kisah pesta buku tadi. Mulanya masa dapat panggilan tu, rasa macam malas aje nak pergi sebab aku tengah bawa muatan berlebihan. Orang tua-tua kata tengah tunggu hari. Tapi kalau aku tolak jemputan ni, bila lagi nak kenal peminat cilik AG. Maknanya aku kena buat penyamaran sikit. Kalau bleh pakai costum Totoro bagus gak. Totoro kan boncet. Dapat sorok perut..hehehehe. Kali ni aku minta husband aku jadi bodyguard sebab nak bagi cover masa berjalan dalam kerumunan orang ramai nanti. Takut pulak terkena tolak ke, apa ke....Sediakan payung sebelum hujan...hehehe.


Jumpa di sana! (Kalau jumpa orang pakai costum Totoro sambil tunggu-tunggu ayu kat meja tu, akulah kut...heheh)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit