Siren

Dah banyak kali aku terserempak dengan kenderaan bermotosikal besar yang jadi escort kereta VIP waktu orang tengah bersesak-sesak nak pergi kerja ataupun balik kerja. Kehadiran mereka ni selalu buat aku keliru. Kalau kat lane kiri ataupun kanan, senanglah nak himpit ke tepi. Tapi kalau kat lane tengah, nak himpit ke mana?

Macam pagi tadi. Aku ada kat lane tengah MRR2 dekat ngan exit Pandan Indah/Shamelin. Tetiba dengar bunyi siren escort. @#^%^*&*. Depa tengah nak lalu di antara lane tengah dan kanan. Maka aku bagi signal, himpit kiri. Keta sebelah kiri semua tak mau ke kiri dan beri laluan. Haru betul. Kereta kat tengah semua cam confused aje termasuk aku. Terpaksa gak himpit ke kiri perlahan-lahan dengan hati-hati sebab takut bergesel ngan keta yang tak mahu ke tepi.

Aku memang nyampah tul ngan kereta yang ada escort nih. Tak kiralah ngko menteri ke, VIP ke, orang besar ke...kalau jalan dah jammed, tunggu jelah. Sama-sama merasai apa yang golongan marhaein rasa. Barulah bleh jadi pemimpin berjiwa rakyat. Kalau takut lambat, keluar rumah awal macam golongan marhaein. Ni guna escort, buat orang confused, curi jalan. Kalau ambulans ke bomba ke, keta polis ada kes ke, tak pe ler jugak. Aku leh faham sebab kecemasan. Yang depa tuh nak rasa cemas pepagi, apa hal plak?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit