Jalan ke Frankfurter Buchmesse~Hari Kelima

12 Oktober 2017 (Khamis)

Hari kedua Buchmesse dibuka kepada pedagang kandungan hakcipta yang datang dari seluruh pelosok dunia. Delegasi Malaysia yang berdagang di sini adalah di bawah kelolaan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia. Banyak penerbit Malaysia yang sertai FBF tahun ni. Satu peningkatan daripada penyertaan tahun lepas.

Hari ni aku dah tak keluar awal macam semalam sebab tak mahu bersesak kat Frankfurt Hbf berebut tren. Pukul 8.00 pagi baru aku keluar dari hotel dan menapak ke hentian bas. Cuaca tak berapa sejuk. Aku cuma pakai thermal suit dan blaus nipis. Jaket sumbat dalam back pack. Dalam Messe ada heater. Aku rasa panas sebab pakai thermal suit. Memang tak sesuai pakai baju tu kalau cuaca tak betul-betul sejuk. Berpeluh dibuatnya bila berkejar mengejar temu janji.... hahaha.

Amik aura Oxford kejap... hehehe

Temu janji hari ni berjarak agak jauh. Jadi lepas temu janji sebelah pagi, jadual aku agak lapang. Maka berdesup aku lari pergi Primark sekejap sebab nak beli kasut sukan. Kaki dah tak tahan sakit. Disebabkan aku dah tau selok-belok nak ke sana, memang pantaslah aku pergi dan pantaslah aku balik. Beli kasut dan stokin, terus cabut balik Messe.

Masa kat pintu Messe aku hadapi kesukaran nak masuk sebab card reader tak boleh detect pass aku. Jeng, jeng, jeng. Cuak dibuatnya. Jadi aku jelaskan yang aku dah datang pagi tadi dan keluar sekejap. Reception tu pun bagitau, kalau masa pameran nak keluar kejap, kena scan card tu dulu. Kira macam punch card la kena clock in and out. Untuk verify card tu, dia tanya pukul berapa aku datang pagi tadi. Aku jawab, dalam pukul 9.00 pagi aku sampai. Dia cakap tally dengan rekod pada card reader tu. Fuh! Kalut aku sesaat.

Lepas tersesat keluar pintu hari tu, aku simpan gambar ni kat dalam phone sebagai guide untuk mencari jalan keluar ke Stesen Messe. Tak jauh pun pintu ni dari Stand Malaysia. Belakang aje. Dan ruang sebelah kiri tu ialah WiFi Hotspot; tempat aku selalu lunch

Sampai kat Stand, aku terus tukar kasut. Pakai comfortable socks made from Korea yang warna pink aku beli kelmarin. Aaaaahhhh... lega kaki. Apa lagi, lepas tu, memang aku merayaulah dari dewan ke dewan tengok stand orang lain sambil-sambil cari prospek. Hingga aku terlambat balik Stand untuk hadiri Malaysia Country Reception. Ralit sangat meninjau stand negara lain yang hebat-hebat. Memang wajib kena tinjau semua stand tu sebab sangat berlainan dengan keadaan semasa di Pesta Buku Antarabangsa KL.

Seperkara yang aku perasan, FBF ni tak hingar-bingar macam pasar ikan. Sungguhpun ada orang berbincang dan berdagang, suara mereka tak hingar. Bunyi muzik pun tak ada. Jadi keadaan agak tenang dan damai untuk kita berurusan dengan pedagang lain. Walaupun masa hari Sabtu dan Ahad, apabila Messe dibuka kepada umum. Memang tak hingar. Walaupun ada pentas-pentas kecil di setiap sudut dewan, kegamatan tu hanya setempat saja. Tak merebak ke seluruh kawasan hall. Whoaaa... aku takjub.

Yang hingar cuma kat luar hall, kat askulator. Masa tu aje memang rasa macam pasar. Tapi masuk aje hall... jeng jeng jeng. Suasana aman dan tenang. Bising sesekali aje tapi masih terkawal. Patutlah ex-boss aku kata dulu, Pesta Buku KL macam pasar ikan. Tak macam FBF. Masa tu aku tak dapat bayangkan kenyataan dia tu. Sekarang, baru aku tau.

Selain ada pameran buku, ada juga pameran kalendar. Macam-macam rekabentuk, saiz dan idea. Aku habiskan banyak masa kat sini ambil gambar kalendar yang menarik untuk dijadikan inspirasi design kalendar 2019 nanti. Bos selalu aje tanya aku. Jadi sebelum dia tanya, baik aku bersedia. Kalendar 2018 dah hampir siap. Tak dapatlah nak 'meniru' design Frankfurt ni.

Ada satu temu janji tu. Kat Stand UAE. Aku ternampak sorang mamat tu persis Tony Stark the Iron Man... ahaha. Nak amik gambar dia, tak sempat. Lagipun tengah meeting masa tu. Bila ku tunjuk kat kawan-kawan lain, mereka pun bersetuju. Memang rupa orang tu macam Robert Downey Jr. Rugi pulak aku tak snap gambar dia... hahaha. Manalah tau kot-kot memang dia tengah sign MOU nak terbit buku dengan publisher UAE.

Disebabkan kaki aku dah tak sakit, maka aku terasa rajin nak jalan-jalan. Selalunya lepas habis kerja aku balik hotel. Hari tu ringan pulak lidah aku bertanya kengkawan yang lain. selalunya lepas kerja mereka ke mana? Disebabkan mereka tinggal kat sekitar Hbf, memang senanglah nak merayau sana sini. Lalu aku pun buat muka tak malu jemput diri sendiri untuk join mereka jalan-jalan petang tu lepas habis kerja.

Kedudukan Dom Romer Square dan Eiserner Steg

Kalau tak jalan-jalan waktu tu, bila lagi? Inilah masanya nak menjelajah ke negara orang. Datang pun setahun sekali. Itupun tak tau tahun depan ada rezeki nak datang lagi ke tak. Jadi ambillah peluang ni, kan? Hari tu mereka nak bersiar-siar di Dom Romer.

Sebahagian pemandangan di Cathedral and the Römer Square

The Dom-Römer Project (German: Dom-Römer-Projekt) is an effort to remake the old city center, the Altstadt (old town) of Frankfurt am Main, Germany, which was severely damaged during World War II, in the style of the pre-war architecture.
It aims to give the old town quarter between the Römerberg square and the Frankfurt Cathedral (Dom) a new life. The old city had already been thoroughly changed in 1904 by hewing several aisles for wide streets into the medieval cluster of insalubrious houslets and small alley ways, clearing the way for a tramway line through the historic center. (Wikipedia)
Kalau tak salah ingatan aku, kami bertolak dari Messe hingga ke Hauptwache dengan tren, sama ada S3, S4 atau S5. Aku tak peka pulak sebab ada orang yang bawa. Kalau aku jalan sorang-sorang, memang aku ingat. Masa aku pergi tu, aku tak tau pun Dom Romer ni tempat apa. Aku main ikut aje janji jalan-jalan.

Kenapa kat Malaysia tak ada Maggie Studio ni? Best sangat kat dalam. Penuh produk Maggie dan ada cafe. Macam-macam produk yang tak ada kat tanah air ada kat sini. Tapi kebanyakannya tak halalan toiyyiba la. Kecewa ai!

Lepas keluar dari stesen, kami menyusuri depan kedai dan jalan raya. Memang ramai orang bersiar-siaran waktu tu. Dapat aku merasakan perasaan konon-konon tinggal kat situ. Fefeling obersea la ni. Masa tiba kat Cathedral and the Römer Square tu, hari siang lagi. Jadi kami teruskan perjalanan ke Iron Bridge atau Eiserner Steg. Masa kami sampai tu, hari dah semakin rembang. Memang cantik tengok matahari terbenam.

Kalau nak naik cruise pun boleh. Tapi tak sempatlah nak naik. habis lewat nanti. Aku dah la nak balik ke Flughafen.

Kat jambatan tu aku tengok banyak mangga kunci kena gari kat besi jambatan. kawan aku kata, kalau aku sayang husband aku, beli mangga/padlock, lekat kat situ. Hek elehhh... Baik aku manggakan beg aku masa nak balik nanti. Ada juga faedahnya.

Macamlah ada orang nak rompak jambatan besi ni sampai kena padlock... hahaha

Merenung senja di Frankfurt am Main, Hessen, Jerman di samping padlock yang terkunci berjemaah pada Eiserner Steg.

Perkara utama yang harus dibuat atas jambatan ni ialah sesi bergambar. Siap buat shooting lagi.... hahaha. Lepas puas bergambar, kami patah balik ke Romer Square tadi. Dan tiba-tiba aku tengok salah satu bangunan kat situ berubah warna. Whoaaa... ada pertunjukan lampu. Cantiknyaaaaa. Dan orang semakin ramai membanjiri dataran.

Majestic!

Lihatlah... tingkapnya berubah warna

Waktu kami mula-mula sampai kat dataran ni tadi, ada ramai orang beratur nak masuk ke dalam bangunan. Rupa-rupanya ada Open Book Session. Nak baca poster tak faham sebab dia cakap Jerman. Jadi kami pun berlalu sajalah dengan perasaan kagum tengok sambutan hangat orang Jerman terhadap buku.

Open books... Literatur... itu aje yang aku faham

Dah puas ketik gambar kat dataran, kami naik tram untuk ke Hbf. Pertama kali aku merasa naik tram. Rupa-rupanya, tram ni kena berhenti kat lampu merah ya? Aku ingatkan dia ada lesen agung. Rupa-rupanya, dia sama aje macam bas. Nak melintas simpang, kena berhenti tunggu lampu bertukar.

Sampai kat Hbf, aku tengok ramai orang juga. Macam ada keramaian. Aku tanya tanya kat kawan aku, memang selalu macam ni ke? Dia kata sebab cuaca tak sejuk. Maka mereka ramai-ramai lepak kat kedai sambil minum-minum minuman keras.

Gambar aku kena photobomb dengan mamat tu. Nyampah aku. Tetiba lak dia ada kat situ. Boleh pulak dia posing. Entah sesat dari mana?

Malam tu pertama kali juga aku makan malam di luar iaitu di Restoran Thai Fun. Restoran makanan Thai yang halal. Disebabkan aku terkenangkan Restoran Peking Duck halal kat Dubai, maka untuk malam tu aku order hidangan itik. Tak ingat aku nama masakan tu. Rasa boleh tahan lah. Portion besar, tak habis makan.

Lepas makan, kami ke Hbf dan berpisah arah untuk balik ke 'rumah' masing-masing. Waktu tu dah pukul 8.00 malam. Cuak gak aku sebab pertama kali balik lewat. Kawan aku pesan jangan ikut subway. Takut kena pau. Lalu aku ikut jalan atas seberang jalan untuk masuk ke main station. Mujur bas 77 sedia menanti. Dua orang aje penumpang. Dan kami sama-sama turun kat hentian bas yang sama dan rupa-rupanya dia pun menginap di hotel yang sama dengan aku. Ada kawan berjalan walaupun tak kenal.

Hari tu memang best sebab akhirnya dapat juga aku jalan-jalan tengok seni bina bangunan lama kat Frankfurt. Aku teringin nak tengok istana lama. Tapi masih belum berkesempatan. Mungkin lain kali.

Aku suka tengok bangunan lama tak kira tamadun apa. Kebanyakan bagunan lama adalah 'immortal'.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit