Jalan ke Frankfurter Buchmesse 2017~Ketibaan (Hari 1)

Hari 1 ~ 9 Oktober 2017

Perkara pertama yang sering buat aku cuak bila sampai kat airport ialah pemeriksaan kastam. Walaupun aku tau aku bukan orang jahat, bukan mafia hatta yakuza maupun the 9 dragons, aku tetap cuak. Apatah lagi bila sampai ke negara Eropah. Perempuan. Pakai tudung. Islamaphobia. Dan aku saksikan sendiri depan mata bila ada pasangan dari negara Arab sedang lalui pemeriksaan passport. Isteri dia pakai purdah.

2 trolley bag, satu backpack dan 1 kotak buku. Yang sebelah kiri tu beg 2 travelling companions aku. Mereka travel sangat light. Menci btol aku!
Jadi pegawai kastam tu terpaksa buka pintu kaunter dia untuk suruh wanita tu buka penutup purdah. Lepas kejadian tu. aku tengok reaksi orang Eropah depan aku. Ada yang menggeleng, ada yang berbisik-bisik. Reaksi disapproving. Sama mengata pemakaian wanita Arab tu atau mengata kesungguhan pegawai kastam menjalankan tugas, itu aku tak tau. Berdasarkan pemerhatian, aku boleh buat kesimpulan yang mengatakan mereka mengata pakaian wanita Arab tu sebagai inappropriate. Atau mungkin aku bias. Who knows what they are thinking, right? Tapi bila mereka pandang aku sekilas... well... diskriminasi tu tetap terpancar walaupun sikit. So... the cuakness will continue for the next 8 days.

Bumi Frankfurt, Jerman

Frankfurt Flughafen Am Main

Muka pegawai kastam kat Frankfurt ni memang sombong habis. Serius. Atau mereka memang tak suka orang Islam. Who knows. Berbeza dnegan pegawai kastam kat Dubai. Masa check passport aku, boleh pula mereka berbual sesama sendiri sambil gelak-gelak. Eh... macam tak serius pulak. Biar betul? Suka benar hati mereka ek? Jadi sikap tegas pegawai kastam kat Frankfurt Flughafen Am Main ni sebenarnya terpuji jugaklah sebab berupaya mencuakkan orang... hahaha.

Disebabkan aku antara penumpang yang memang suka turun awal, maka cepatlah custom clearance. Sampai aje kat luggage claim belt, beg aku dah tergolek berpusing entah berapa kali round. Serius efisyen. Tak perlu tunggu. Ujian aku bermula masa nak amik troli beg. Kena bayar €1.00. Terkial aku dibuatnya baca instruction kat vending machine tu dalam bahasa Jerman. Sampai terlupalah nak amik resit.

Lepas selesai amik beg, kami pun keluar dari situ nak melihat bagaimana rupanya Frankfurt Flughafen Am Main ni. Tak lah seluas DXB Airport mahupun KLIA dan KLIA 2. Kami lepak kejap cari kopi. Kepala masih ting tong lagi. Baru pukul 9.00 pagi waktu Frankfurt. Lewat 6 jam daripada waktu Malaysia. Kiranya masa kami landing tu, orang Malaysia baru lepas lunch.

Masa kat dalam Flughafen, aku tak pakai lagi jacket. Masa keluar baru aku terasa angin dingin dari Eropah. Sejukkkk. terus sarung jacket. Kawan aku cakap, jacket aku tu nipis. Alamak... kot aku kat dalam luggage. Tak kan kat situ juga nak buka beg? Lantaklah... tahan jer sejuk. Tak lama pun. Kawan aku carikan teksi untuk aku ke hotel.

FYI, hotel aku terletak berdekatan aje dengan Flughafen. Kalau ikut instruction Waze, dalam 2.2km dan 22 minit berjalan kaki. Tapi dengan luggage dan kotak buku, memang hilang akal kalau aku nak jalan kaki. Travelling companions aku duduk kat Haupbahnhof. Jadi kami berpisah arah kat Flughafen.

Mujur pemandu teksi boleh la juga cakap Inggeris. Bila aku sebut nama Element Frankfurt Hotel, dia angguk dan buka navigator. Kat Frankfurt, bas awam dan teksi ada navigator yang memantau pergerakan mereka. Mungkin sebab tu bas selalu tiba tepat pada waktunya sebab dah diregulasi oleh pantauan navigator. Ini pemerhatian akulah. Kalau salah, mohon betulkan. Aku budak baru belajar... hehehe.

Disebabkan ini pengalaman pertama aku naik teksi di negara asing, maka aku pun buka Waze sebab nak pastikan pemandu ni tak merry go round pusing bawa aku entah ke mana. Kaun wanita memang perlu banyak berjaga-jaga dan bersiap siaga dengan segala kemungkinan. Kita ni kaum yang lemah. Jadi biar terlebih berhati-hati.

Teksi luas

Alhamdulillah... pemandu tu ikut Waze dan tak sampai 10 minit, sampailah aku kat hotel. Melayang €10.00 bersamaan MYR50.00. Pemandu tu tak pakai meter. Masa aku mula-mula masuk teksi lagi dia dah bagitau nak minta bayaran banyak tu. Redha jelah sebab semua perbelanjaan, universiti yang tanggung. Siapa aku nak tawar-menawar? Budak hijau lagi tu. Sebab kalau aku travel sendiri, memang aku buat gaya backpackers. Tak bawa trolley luggage sampai dua buah dan sekotak buku. Dan tak akan aku naik teksi. Tapi disebabkan ini business trip, maka aku harus berlagak seperti orang bisnes jugak... hahahaha.

Willkommen im Element Frankfurt Airport Hotel by Westin

Ujian kedua buat aku... kat hotel tu tak ada bellboy yang akan tolong angkat beg kau segala bagai. Kenalah aku sendiri amik troli yang diletakkan kat depan pintu masuk. Angkat beg dan susun elok-elok atas troli comel tu. Dah siap jadi bellboy sendiri, aku masuk dalam dan check-in. Reception tu boleh berbahasa Inggeris dan bagi taaruf kat aku pasal pengangkutan awam kat situ. Dia cakap memang laju. Separuh aje yang masuk kat kepala sebab aku tau, nanti aku akan study sebaik-baiknya cara nak ke Messe dan sekitar Frankfurt.

Selesai kat kaunter reception, aku tolak troli dan naik ke tingkat 4. Teruja masuk bilik. Whoaaa... seperti yang aku tengok dalam website. Cuma yang kurang sikit, bilik aku mengadap pejabat Condor. Ingatkan dapatlah yang mengadap taman seperti yang diiklankan. Nak minta tukar bilik, aku dah malas nak tolak troli turun bawah. Lagipun jetlag. Kepala masih ting tong.

Sedap golek-golek kat situ

Kat luar tingkap tu, pejabat Condor....huhuhu

Dapur kecilku yang menjadi idaman hingga tersasar jauh ke Flughafen

Dishwasher... aku tak tau guna. Buat tempat keringkan pinggan lepas guna aje

Masa ni kosonglah... hahaha

Tak selalu gunakan pun micriwave tu sebab dah ada kitchen hob

Espresso machine. Tapi tak ada biji kopi. Cemana tu? Guna pun tatau... hahaha
Tandas kat luar negara yang selalu buat orang kita dalam dilema. Paip mana paip? Gayung? Hahahaha...

Lepas buat sit rep kat keluarga di tanah air, aku mula unloading dan susun barang macam baru pindah masuk rumah baru. Teruja tengok kitchenette. Itu yang aku mahukan. Lepas siap berkemas, aku buka TV konon nak menonton kejap. Kebanyakan rancangan dalam bahasa Jerman. Hatta cerita Baywatch pun dialih bahasa ke bahasa Jerman. Walawehhhh... akhirnya aku buka iPad sambung tengok Princess Hours versi Thailand dan terus zzzzz.

Botol air ni buat aku musykil seketika. Namun setelah sebotol aku teguk, alhamdulillah tak mabuk... hahaha

Bila aku sedar, alam sekitar dah gelap gelita. Terkejut siot! Dah pukul 8.00 malam. Apakah? Aku pengsan ke hapa ni? Separuh hari tidur. Rugi betul rasanya. Perut pun rasa lapar. disebabkan aku masih belum ada selera nak makan, maka aku masak megi jelah. Dan masa tu aku tak tau nak guna electric hob... huhuhu. Terasa bodohlah. Makanya masak ajelah air guna kettle kemudian rendam aje megi perisa laksa tu.

Ni nak cerita sikit pasal kesilapan aku. Kesilapan paling besar tapi bagi aku... sebenarnya okey aje kut. Orang lain jelah yang rasa aku buat big mistake. Begini kisahnya... sebelum aku berangkat ke Frankfurt, aku dah buat study dulu. Nilai matawang Euro lima ganda mahalnya daripada MYR. Jadi untuk menjimatkan perbelanjaan (masa tu aku rasa angat perlu--tapi sebenarnya tak payah pun), maka aku pun Google hotel yang ada kitchenette dan microwave oven supaya aku boleh main masak-masak.

Aku guna Agoda.com dan Booking.com. Malangnya kebanyakan hotel yang aku jumpa, yang ada kemudahan yang aku nak, semuanya agak mahal dan melepasti kelayakan elaun lojing yang diperuntukan. Cari punya cari punya cari, tanya kengkawan yang pernah ke Frankfurter Buchmesse, rata-ratanya tak kisah pun pasal cooking facilities yang aku nak. Akhirnya, setelah berminggu mencari, aku terjumpalah Element Frankfurt Hotel menerusi Booking.com. Kadar yang ditawarkan masa tu adalah dalam lingkungan bajet aku. Rupa paras hotel yang digambarkan dalam website tu pun menggoda jiwa sebab ada cooking facilities yang aku nak.

Lalu, dengan kadar spontan, seperti yang biasa aku buat-active impulsive- maka aku tekan butang BOOK. Yalah... kat Booking.com kan kita boleh cancel pesanan dalam waktu yang ditetapkan. Bayaran pun kita buat pada hotel pada hari nak check-in. Well... itu yang biasa aku buat dan aku rasa ramai yang buat macam tu kalau deal dengan Booking.com.

Cuma masa tu aku tak perasan, rate yang aku dapat tu special offer, low rate dan TAK BOLEH CANCEL. Once aku book, terus kad kredit aku kena CHARGED! Jeng jeng jeng! Kalau aku cancel booking, penaltinya ialah full payment amount! Mau tak sakit jantung masa tu. Pulak tu kawan aku kata hotel aku sangat jauh dan agak sukar nak ke Messe. Muka aku kaler biru time tu. Cuma belum nak pengsan aje lagi.

Begitulah kisahnya, ceritanya... bagaimana aku tercampak kat De-Saint-Exupéry-Strasse 6, Frankfurt, 60549, Germany. Semata-mata nak memburu hotel yang ada cooking facilities, aku tersasar ke area Flughafen....muwahahahaha.

Lokasi Element Frankfurt Airport Hotel. Flughafen tu Airport

Jadi lain kali, kalau nak book hotel secara online tu dulu, BACA semua perkataan yang tertera banyak kali sampai habis. Jangan terkena macam aku. Mujur kat area Flughafen. Buatnya kat Heidelberg atau Ruddenheim... lagi naya aku nak ke Messe hari-hari.

Kebanyakan delegasi Malaysia yang ke Frankfurter Buchmesse menetap kat sekitar Haupbahnhof, kat sekitar city centre yang dekat dengan Messe (macam bos aku yang menginap kat Adina Apartment, lima minit berjalan kaki ke Messe aje jaraknya). Ada juga yang duduk kat Loewen Hotel, Offenbach. Itu pun straight line aje nak ke Messe. Sama juga dengan Leornardo Hotel yang perlu naik tram ke Haupbahnhof main station dan terus naik tren ke Messe.


Map ni wajib ada dalam phone. Tak boleh nak bergantung pada DB Navigator saja.

Cuma jalan aku nak ke Messe ni memang berliku-liku sikit. Kata nak adventure, kan? Sekali tuhan makbulkan doa. memang adventure hari-hari aku nak ke Messe. Dan sememangnya aku mencari hotel yang bukan tengah bandar. Kalau boleh aku nak cari hotel yang kat surburban area. Aku nak merasai kehidupan kat luar bandar. Tapi kat Frankfurt Am Main tu mana ada tempat macam tu.

Jika korang berkunjung ke Jerman, patut download apps DB Navigator. Apps ni banyak bantu aku cari bas dan tren kalau nak ke mana-mana. Kita boleh setkan jadual untuk perjalanan. Mudah sangat dengan apps ni. Maka sebab tu kalau aku sesat pun, masih boleh cari jalan pulang.

Boleh download kat Google Play atau Apple Apps Store

Jika ikutkan kriteria yang aku tetapkan, sebenarnya aku dah dapat apa yang aku nak. Well... lebih kurangla. Element Frankfurt Hotel tu ada cooking facilities. Lokasinya di celah-celah bangunan pejabat dan hotel yang berdekatan dengan Flughafen. Kawasannya tenang dan sunyi sebab setiap kali aku balik kerja, orang-orang pejabat di sekitar kawasan tu dah pulang ke rumah. Jadi tempat tu sunyi dan tenang.

Kawan aku kata, hotel di sekitar Flughafen ialah business hotel. Sesuai untuk orang yang datang sekejap untuk hadiri business meeting dan perlukan privacy. Kesimpulannya, aku tak buat silap besar pun masa terpilih hotel ni. It's just like what I wanted it to be cuma aku tersedar lewat. Dah nak balik nanti baru aku sedar, next time kalau ada rezeki datang ke Messe lagi, kemungkinan besar, aku akan pilih hotel ni lagi... hahahaha. Tunggu catatan seterusnya tentang perjalanan penuh cabaran aku nak ke Frankfurter Buchmesse. The adventure has just begun!


🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨

Seperkara lagi yang amat penting... line telefon. Ramai yang suka roaming. Tapi aku rasa mahal lah kalau roaming. Tapi bergantung pada telco masing-masing la. Masa pre-departure briefing ke Frankfurter Buchmesse, ada ahli delegasi cadangkan supaya kami gunakan hello1010.my. Satu sim card untuk kegunaan seluruh Europe dan sah selama sebulan. Harganya dalam MR138.00 (kalau tak silap la).

Order online. Pos Laju hantar. Cuma dalam kes aku, Pos Laju mungkir. Tak sampai-sampai. Akhirnya aku terpaksa jemput kat ni kat Damansara beberapa jam sebelum departure. Haru betul!

Memang mudah. Aku activate sim card ni masa pesawat tengah nak parking. Lepas masukkan sim card, set kan telefon kepada roaming. Kalau masih belum dapat detect line, restart phone. Dan wallahhhh.... I am connected to the world! Boleh gunakan untuk call, SMS dan Internet ke sekitar Europe. Tapi jangan call tanah air. WhatsApp call ajelah.

Aku pakai tak habis pun. Sebab tu hari-hari on aje. Belasah aje guna Internet, call ahli delegasi lain guna line... macam-macam lah aku buat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit