Jalan ke Frankfurt Buchmesse~Hari Keenam

13 Oktober 2017 (Jumaat)

Hari ni kena pakai baju kurung sebab DBP nak lancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan kat Buchmesse. Jadi semua ahli delegasi disarankan supaya memakai pakaian kebangsaan. Aku memang dah bersedia nak pakai baju kurung. Cuaca pun tak sejuk sangat. Jadi cuma pakai thermal sut dan baju kurung. Jaket macam biasa aku sumbat dalam backpack.

Kasut sukan cap Primark. Jadilah... asalkan kaki tak sakit. €18.00 aje. Menang selesa.


Meriahlah petang tu dengan ahli delegasi yang berbaju kurung dan berbaju Melayu. Siap ada bacaan pantun oleh orang Jerman. Temu janji untuk hari tu agak kurang berbanding dua hari sebelumnya. Aku sambung jalan-jalan sekitar Messe. Hari ni aku tumpukan pada Hall 3 dan Agora.

Atas kiri: Pemandangan daripada beranda dalam Hall 4 | Atas kanan: Beranda luar Hall 3 | Bawah kiri: Pemandangan dari balkoni Hall 3 | Bawah kanan: Pemandangan Hall 4 dari Agora


Bergambar sakan kat Agora pakai baju kurung. Tapi kasut, sneaker la. Tak boleh bergaya dengan but lagi sebab tak sesuai. Dengan kasut yang sesuai, memang selesa aku nak menjelajah ke segenap inci lantai Messe yang bertingkek-tingkek ni.

Dalam bas tu ada kafe

Agora. Masa ni memang tak ramai. Tunggu weekend. Sesak padat.


Kat Messe ada surau. Terletak kat Hall 10. Luas suraunya. Solat Jumaat diadakan kat situ. Nak ke surau, boleh naik feeder bus yang memang berkeliaran kat sekitar Messe untuk hantar pengunjung melawat dari hall ke hall. Macam MAEPS la juga ni ada tram. Tapi dari Hall 4, kedudukan Hall 10, tak la jauh sangat. Jalan kaki sekejap aje sampai. Kan cuaca tak panas. Apa ada hal jalan jauh sikit.

Tengah hari tu, sebelum kaum Adam solat Jumaat, kami ramai-ramai makan hat WiFi Hotspot macam biasa. Tapi kali ni meriah sebab ramai yang join. masing-masing bawa keluar bekal. Hari tu aku bawa spageti Arabiata instant. Erm... tak berapa sedap sangat. Bila makan dengan sambal bilis, baru selera sikit.

Meriah, kan? Tomyam sup siap letak dalam thermos untuk menjamin kehangatan dan nak elak tumpah (sebenarnya tak ada bekas... hahaha). Rupa-rupanya ada yang bawa rice cooker kecik. Hurmm.. boleh dipertimbangkan kalau ada jodoh nak ke FBF lagi tahun depan.


Lepas makan, semua jemaah lelaki bergerak ke surau. Aku balik semula ke Stand. Ada dua walk-in appointment yang berminat nak berdagang dengan kami. Sungguh tak aku sangka. Alhamdulillah. Hari tu bos dah ke Italy untuk cari bahan kajian dia pasal Europe. Jadi aku kenalah sorang-sorang bawa diri. Yippa! Hahahahaha....

Petang tu lepas habis kerja, kawan aku ajak ke Nordwestzentrum. Kat situ ada shopping Mall dan semestinya Primark. Memang jahanam walet aku hari tu. Dari Hbf, kami naik tren (U4 atau U5 ke Willy-Brandt-Platz. Kemudian tukar tren U1 yang menuju ke Ginnheim. Agak jauh juga perjalanan nak ke Nordwestzentrum. Aku rasa macam tak sampai-sampai walaupun dalam tren, kami borak-borak. Untungnya perjalanan jauh ni, dapatlah tengok kawasan perumahan kat situ. Aku suka tengok seni bina rumah-rumah kat sini.

Tu pokok betul. Bukan tiruan

Sampai kat mall, kami jalan-jalan tinjau kawasan. Konsep mall tu mesra alam. Siap ada pokok lagi yang ditanam dalam mall. Bumbung pun jenis open. Jumpa aje Primark, selamat aku sesat dalam tu hampir sejam. Ralit cari souvenirs untuk anak-anak. Ingatkan kawan-kawan lain pun sesat jugak dalam tu. Rupa-rupanya aku sorang aje. Bila aku keluar, mereka tengah lepak kat kafe. Patutlah tak nampak kelibat sorang pun dalam tu. Dah keluar awal rupa-rupanya.

Lepas pusing-pusing lagi nak habiskan masa, kami balik ke Hbf. Malam tu ada dinner kat Lahore. Restoran Pakistan, kalau tak salah aku. Dinner malam tu disertai ramai ahli delegasi yang berkelapangan. Aku tak boleh nak lepak lama-lama sebab nak balik ke Flughafen.

Siap aje makan, zasssss... aku terus minta diri. Ada sorang kawan aku pun nak balik ke Hotel Leonardo. Jarak dari Hbf tak lah jauh. Cuma naik tram saja. Jadi kami berpisah kat Hbf. Dari Lahore nak ke Hbf, jalan kaki aje. Itu pun langkah panjang-panjang sebab takut terserempak dengan orang mabuk. Kan hari tu Friday Night? Ramailah orang berpesta di jalanan. Cuaca pun tak sejuk sangat.

Malam tu terkial-kial fikir cemana nak bawa balik souvenirs. Diam tak diam, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Hajat nak balik ringan, jadi berat berganda. Ni semua Primark punya pasal!

Tomato and cheese. Kat sini memang orang makan cheese dengan tomato. Sedap.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit