Jalan ke Frankfurter Buchmesse~Hari Ketiga

10 Oktober 2017

Hari ni bermulalah pra-Frankfurter Buchmesse. Jadi aku  perlu bawa buku ke Messe untuk disusun kat atas rak. Maknanya, bawa beg beroda naik tren. Memandangkan sistem pengangkutan awam yang sempurna, aku tak rasa risau nak bawa beg tarik ni. Lagipun tak berat sangat. Bawa buku sikit saja sebab untuk display. Bukan untuk jualan umum.

Malam sebelum tu, aku rebus ketupat mini beberapa biji. Pagi tu, aku panaskan kuah kacang segera. Rasa macam raya pulak makan ketupat di perantauan. Ini bekal aku untuk hari tu.

Raya di bulan Muharam di Frankfurt

Memandangkan sesi susun buku tu berlaku pada sebelah petang, dan Newcomer Briefing akan bermula pada pukul 1.00 tengah hari, maka aku ada masa lapang pada waktu pagi. Jadi aku rancang nak pergi Primark. Apa yang heboh sangat pasal Primark ni hah? Adik aku asik puja puji aje banyak kali. Lepas saja sarapan, aku pun tolak beg ke hentian bas macam biasa.

Kemudian ternaik tren intercity sekali lagi tanpa sengaja dan tanpa rasa bersalah sebab aku sangka tu masih dalam lingkungan RMV... hohoho. Sampai di Hauptbahnhof, aku cari line U nak ke Primark Frankfurt Zeil. Stesen yang aku perlu tuju ialah Konstablerwache, naik U5 (menuju Preungesheim) atau U4 (menuju Enkheim). Aku naik tren U4 sebab nama Enkheim tu senang ingat berbanding Preungesheim. Kiranya ini cubaan kedua aku menuju ke tempat lain selepas Messe dengan usaha sendiri.

Yang bulat merah tu, destinasi aku dari Hbf. Yang petak biru tu, tren yang boleh aku naiki


Pada mulanya merry go round gak aku kat Hbf (Hauptbahnhof-jenuh nak eja panjang-panjang. Kita gunakan short form aje lepas ni ek). Tanya kawan aku berkali-kali. Dia pun tak tau nak explain macam mana sebab dia tak tahu aku berdiri dari arah mana. Memang agak haru juga dibuatnya. Dengan sorong beg tarik sana sini aku cari arah nak ke line U. Entah macam mana, jalan punya jalan, aku tertuju ke arah pintu utama Hbf. Masa tu la aku nampak ada signboard tunjuk huruf U besar gedabak. Ahah! Itulah tren yang aku cari. Maka bergegas aku turun askulator sambil sorong beg dnegan hati-hati.

Line U ni rupa-rupanya line bawah bawah tanah. Kalau S memang bawah tanah. U ni bawah tanah S. Yang tren intercity aku selalu tersalah naik tu, atas tanah. Jadi ada tiga lapisan laluan tren. Fuh! Takjub juga aku sesaat memikirkannya. Selalu naik tren bawah tanah aje. Bawah bawah tanah, belum lagi.

Dengan lagak yakin, aku pun naik tren U4. Tak jauh mana pun. Selang satu stesen, dah sampai Konstablerwache (cara sebutan:kon-stab-la-wakher. Lebih kurang la). Lepas keluar dari bawah tanah, aku tertarik dengan satu pakcik tua yang jual buah betul-betul depan exit stesen. Tercari-cari akan buah ceri yang ada dalam bucket list aku. Tak nampak walau sebutir pun. Hampa rasanya. Lalu aku pun melepaskan lelah usung beg kat bangku di taman depan stesen. Ramai orang asing lepak kat situ. jadi aku tak lah terasing keseorangan.

Exit aku masa mula-mula jejak kaki Ke Konstablerwache

Tujuan aku duduk selain nak melepaskan lega ialah nak merasai suasana kat situ. Konon-konon nak feeling duduk oversea... hehehe. Lepas puas membelek kawasan tu 360 darjah, aku pun buka DB Navigator nak cari arah ke Primark. Macam guna kompas cari arah aje gaya aku. Aku ada call gak kawan aku tanya Primark ni arah mana. Dia bagi clue kedai yang berdekatan. jadi dengan menggabungkan kedua-dua maklumat, aku pun menuju ke tempat seperti yang diarahkan.

Tadaaa... aku jumpa Primark! Tahniah kat aku sebab berjaya cari kedai tu tanpa sesat (kecuali kat Hbf tadi aje yang terpusing-pusing). Aku pun masuk ke dalam Primark lepas snap sekeping dua gambar pintu depan. Dan aku pun terus jadi sawan shopping pabila melihat harga-harga pakaian yang amat murah dalam matawang Euro.

Inilah dia Primark yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia pabila membeli-belah di Europe

Pemandangan dari park tempat aku lepak lepas penat sohping


Pada mulanya aku usha trench coat. Gigih WhatsApp gambar kat kawan aku di tanah air untuk tanya pendapat dia. Harga dalam €30.00. Memang masuk bajet aku. Memang dah bersedia nak merembat sehelai. Tapi aku fikir balik. Kalau aku akan selalu ke luar negara sejuk, memang patutlah aku beli. Manalah tau kalau-kalau ini kali terakhir aku sampai Europe, kot tu nak buat apa? Tukun tiruan? Maka tak jadi aku beli.

Tengah jalan-jalan cuci mata tengok kot juga (walaupun aku dah decide tanak beli), aku ternampak kasut but warna Burgundy. terus aku terpikat hati dengan design dan warnanya. Harga pun baru €10.00 sepasang (haip, jangan convert!). Terus aku WhatsApp kat kawan aku yang tadi. Dia pun cakap cantik. Apa lagi, aku pun cari saiz dan sumbat sepasang dalam beg. Kawan aku suruh cari warna hitam untuk dia. Aku pun pusing, pusing, pusing. Jumpa pulak but yang sama warna coklat. Hati dah jadi tamak. Aku ambil jugak sepasang. Pusing lagi nak cari warna hitam. Aku terjumpa pulak warna hijau army. Habeslah! Pun masuk bakul! Lepas tu aku terfikir. Ni apa jadahnya sampai tiga kasut but design sama warna beza? Lalu dengan berat hati, aku pulangkan kasut but warna Burgundy ke tempat asal dia. Warna tu tak sesuai dengan aku sebab aku tak sesuai pakai merah kot (tapi bila balik Malaysia, rasa nyesal tak sudah...huwaaaa).

Nyesal tak amik kaler ni jugak....huhuhu


Sepatutnya aku kena beli kasut sport atau sneaker memandangkan kasut but yang aku pakai ketika tu tak sesuai untuk berjalan lama dan jarak jauh. Tapi disebabkan kaki aku sakit (pasal but tu juga), aku dah tak larat nak merayap ke tingkat lain untuk cari kasut sukan. Lagipun dah pukul 12.00 tengah hari. Aku perlu berada di Messe menjelang pukul 1.00 petang.

Masa nak bayar, sempat aku rembat stokin kaler pink. Comfortable socks from Korea katanya. Memang gebu betul stokin tu. Empuk yakmat. Lepas selesai kat kaunter, sempat lagi aku melepak kat taman depan Primark. Nak legakan kaki yang sakit sambil basahkan tekak. Sambil-sambil tu berbalas-balas mesej dengan adik aku.

Aku suka tengok pemandangan dan suasana sesuatu tempat tu

Masa nak balik, aku jumpa entrance tren yang tak jauh dari Primark. Terus aku keluar ikut situ. Untuk ke Messe, ada banyak tren yang aku boleh naik. Tak susah pun. Malangnya... tren yang aku naik tu tetiba lak rosak kat Hbf. Masa tu pilot tren buat pengumuman dalam bahasa Jerman. Aku dah rasa tak sedap hati. Dan bila tren berhenti kat Hbf, ramai yang turun. Mulanya aku tak nak turun. Tapi bila tinggal aku dengan sorang pelancong tu aje, ada orang bagitau yang tren tu terpaksa hentikan perjalanan kat situ. Aku pun keluar dengan hati yang hampa. Kat luar tren, pada papan tanda elektronik, tertulis Zug endet hier. Otomatik aku translate sendiri: Train stops here. Okeyla tu kan. Lebih kurang la makna dia walaupun aku tak pasti... hahaha.

Zug ended hier. Sila turun dari tren (Bitte nicht einstegen). memandai aje aku ni translate sendiri..hahah


Lama juga aku tunggu untuk tren yang baru. Tambah sakit kaki aku. Masa ni lah nak menyesal tak cari kasut sukan tadi. Haish! Akhirnya tren sampai. Kalut juga aku dibuatnya sebab dah nak dekat pukul 1.00 petang. Nanti bos sampai dulu pula kat tempat kejadian. Naya aje. Sampai aje kat Messe, panjang langkah aku tuju ke Malaysia Stand kat Hall 4.0. Lepas simpan beg kat dalam stor, aku bergegas ke pekarangan Hall 4.0 untuk sertai taklimat Newcomer. Bos aku pun sampai tak lama lepas tu. Fuh! Nasib sempat!

Masa taklimat Newcomer tu, kami diberikan headphones. Pada mulanya aku sangka taklimat akan diberikan dalam bahasa Jerman. Rupa-rupanya dalam bahasa Inggeris. Jadi apa fungsinya headphone tu? Hanya peserta yang pakai headphone saja dapat mendengar dengan jelas taklimat yang diberikan menerusi mikrofon. Penyampai taklimat tu bekerja di bahagian akaun untuk Frankfurter Buchmesse. Whoaaa... orang accounting pun mampu buat kerja PR bagi taklimat pada pempamer yang pertama kali join Messe. Hebat! Dan bila aku tanggal headphone, memang aku tak dengar pun apa yang penyampai tu cakap. Dan istimewanya mikrofon tu, orang kat sekeliling kami pun tak dengar apa yang dia cakapkan. Maknanya, mikrofon tu hanya untuk pendengar yang menggunakan headphone saja. Boleh tak aku nak rasa takjub?

Gambar memang sengaja blur utk melindungi identiti mereka...hehehe


Mungkin tempat lain ada juga teknik ni digunakan. Tapi bagi aku, ini pengalaman pertama dan ia berlaku di Frankfurter Buchmesse. Jadi rasa kagum tu berganda. Apatah lagi dewan Messe ni amat luas. Satu dewan ada tiga tingkat. Dan setiap dewan luasnya 2-3 kali ganda, atau mungkin lebih, dewan TR3 kat PWTC yang selalu jadi venue PBAKL setiap tahun. Jadi bayangkanlah...ada 6 Hall, setiap hall ada 3 tingkat. Berapa puluh kilometer tu kalau nak jalan dan melawat setiap reruai kat setiap tingkat di setiap hall? Itu belum termasuk lagi Agora (dataran) yang luasnya lagi luas dari dewan pameran. Sebab itulah aku sakit kaki. Sebab itulah WAJIB pakai kasut yang sesuai. Tak payahlah nak bergaya dengan kasut bertumit atau kasut but. Kalau kaki tu memang tahan, tak pe. Kaki aku memang tak tahan. Dah la badan pun chubby... berat kaki nak menanggung. Hahahaha... sendiri sedar diri.

Jenuh juga penyampai taklimat tu bawa kami pusing ke setiap hall. Masa tu kontraktor tengah sibuk siapkan reruai. Reruai Malaysia belum siap sepenuhnya lagi masa tu. Hampir dua jam baru talimat tu selesai. Aku pun balik ke reruai. Perut dah lapar. Jadi kami pun makan kat tempat WiFi Hotspot. Takjub aje orang tengok aku bawa ketupat dan kuah kacang. Beria sungguh masak, ek? Bukannya apa. Aku ni makan memilih. Western food memang kegemaran utama. Tapi kat situ, western food banyak yang tak halal. Makanan Arab pula, kekadang tak kena dengan tekak. Tu yang gigih aku masak. Lagipun jimat. Duit yang ada boleh sohping kat Primark lagi kan?

Lepas siap makan, ada delegasi yang mula sibuk susun buku. AJK cakap, tak pe nanti mereka susunkan. Aku pun masa tu dah penat dan sakit kaki. Lalu baliklah awal. Masa kat Hbf, aku masih tak sedar diri lagi. Tunggu tren intercity dengan rasa tak bersalah.

Masa kat Hbf aku sempat beli air mineral Evian. Harganya €0.69 untuk 500ml. Mohon tercekik sebab terkejut. Masa kat Dubai, harga Evian ni AED11.00 dirham. Mahal yakmat. Kat Frankfurt, sen sen aje? Tepuk-tepuk dahi aku dibuatnya. Murah banget. Kat Malaysia pun mahal. Lepas ni hari-hari aku minum Evian kat Frankfurt. Bila lagi?

Dalam beg tu cuma ada but aku dua pasang aje. Buku dah letak kat reruai.


Dan aku sempat juga beli buah strawberi. Ingatkan manis seperti yang aku bayangkan. Rupa-rupanya sama masam macam kat Malaysia. Dah la harganya €3.50 satu cup besar. Tipah tertipu! Ni siapalah yang dah racun fikiran aku kata strawberi manis kat oversea? Hampeh betol! Aku makan dua butir aje. Yang lain aku bawa ke Stand Malaysia dan letak dan pantri bagi sesiapa yang nak makan.

Masa ni cuaca Frankfurt tak berapa sejuk. Aku cuma pakai thermal sut dan blaus nipis. Jaket dan kot jadi hiasan kat tangan aje. Rupa-rupanya minggu tu memang kurang sejuk. Masa hari aku nak balik aje kabus tetiba tebal dan suhu memang sejuk.

Tak sabar nak tunggu esok bila Messe dibuka untuk pedagang kandungan dan hakcipta. Jadual aku nampak padat juga. Untuk pertama kali ni, aku konon-kononnya nak jadi pemerhati. Nak belajar dulu. Tapi kawan aku kata, jangan. Datang jauh-jauh tak buat sungguh-sungguh, rugi. Maka aku pun set nak bersungguh-sungguh. Ikut betul-betul jadual appointment yang dah ditetapkan. Newbie kenalah akur akap senior kan? Kena panah petih kang kalau ingkar.... hahaha. Sedia untuk dibuli!

Masa ni aku tak sedar lagi yang Kleinmarkthalle tu tak jauh sangat daripada Primark. Boleh pulak aku terlupa nak ke situ sampailah hari terakhir. Malangnya, hari Ahad tutup pulak. Itu aje masa free yang tinggal waktu tu. Harus kena datang semula tahun depan ni! 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit