Jalan ke Frankfurter Buchmesse~Hari Keempat

11 Oktober 2017 (Rabu)

Awal aku siap hari ni sebab tak nak terlambat ke Messe memandangkan ia hari pertama pameran dibuka khas untuk pedagang kandungan dan hakcipta. Tak seperti di Malaysia, kunjungan umum hanya berlaku pada hari Sabtu dan Ahad saja. Dan kebanyakan pempamer kandungan dah tutup kedai masa tu sebab tujuan mereka datang hanya sekadar untuk memperdagangkan hakcipta dan perkhidmatan berkaitan penerbitan.

Lampu jalan pun belum padam lagi waktu aku keluar bekerja hari tu


Semasa tiga hari pertama Messe, buku-buku yang ada hanya untuk pameran saja. Tak boleh dibeli. Kalau nak beli juga, tunggu hari terakhir (kalau pempamer tu tak tutup kedai awal). Selain buku, ada produk dan perkhidmatan berkaitan buku.

Sempat lagi swafoto dalam lif hotel

Pukul 7.30 pagi aku dah siap breakfast kat cafe dan bergegas ke bus stop. Hari ni entah cemana, aku ternaik tren S8 yang menghala ke Hanau Hbf. Sebab dalam DB Navigator suruh aku naik tren tu. Dan ajaibnya aku turun kat terminal yang betul setelah tersilap terminal sebelum ni. Sampai di Frankfurt Hauptbahnhof (Frankfurt Hbf), punyalah ramai manusia berebut nak naik tren menghala ke Messe. Ramai yang usung beg tarik. Ni dah pasti pempamer FBF.

Sekali tengok, macam bas Rapid KL pun ada... hahaha
Nak ke Messe, ada dua stesen iaitu Messe (tren S3, S4, S5), kiranya ni pintu belakang; dan Stesen Festhalle/Messe, pintu utama (tren U4). Kesemua line ni akan bertemu jua di Frankfurt Hbf. Kalau dewan pempamer di Halle 4, memang dekat dengan Stesen Messe (pintu belakang). Mujur dari awal aku tak salah naik tren. Tapi masa balik hari tu, aku tersasar entah cemana ke Stesen Festhalle/Messe. Punyalah jauh menapak. Pintu pun nampak pelik. Nak patah balik, rasa jauh. Jadi aku redah aje. Dan tren dari Stesen Festhalle/Messe memang akan terus Frankfurt Hbf tanpa berhenti di stesen lain.

Memang nampak senang. Tapi dari Halle 4 nak ke Stesen Festhalle/Messe menapak sangatlah jauh. Aku prefer naik dan turun di Stesen Messe saja. Lepas keluar aje dari stesen, sebelum nak masuk ke Messe, ada pemeriksaan beg. Ketat betul kawalan. Pas pempamer akan diimbas dengan card reader untuk merakamkan kehadiran kita. Ini salah satu cara untuk mengumpul data pedagang. Hebat!

Pass agung. Naik tren, tram dan bas percuma dalam kawasan RMV dan pas masuk ke FBF dan untuk WiFi percuma dalam Halle

Jam 11.00 pagi, bermulalah sesi diskusi dengan pedagang-pedagang lain. Ada yang berlaku di Malaysia Stand. Ada yang berlaku di Halle lain. Kena menapak dengan kadar kelajuan yang efisen sebab mengejar masa. Maka pemilihan kasut amat penting. Masa ni aku belum lagi beli kasut sukan... huhuhu. Lambat insaf!

Mujurlah bos aku (walaupun berpangkat Datuk) sangat sempoi orangnya. Dia datang FBF memang buat kerja. Semua meeting yang dia patut joint, dia joint. Kalau tak ada meeting, dia buat meeting lain kat luar FBF untuk sempurnakan kajian dia.

Kesemua appointment untuk FBF perlu dilakukan berbulan lebih awal. Kalau lambat, jadual prospek yang kita nak temui tu berkemungkinan penuh. Tapi kalau kita nak sangat jumpa prospek tu, terjah aje stand dia, say hallo (hello in German) dan tukar business card. Nanti dah balik tanah air, buat follow up. Itu yang senpai FBF ajarkan.

Swafoto lepas habis meeting dengan Iran

Kiranya untuk newbie macam aku, semua appointment yang diaturkan memang mengena. Tak ada pun appointment yang tak kena macam yang aku attend business matching kat PBAKL awal tahun ni. Untuk FBF memang aku tak join Business Meeting sebab itu permainan budak besar. Aku budak kecik lagi dan decision making bukan kat tangan aku.

Untuk hari pertama Messe, memang aku bekerja keras. Lepas habis kerja, terus balik hotel. Tak reti nak menyimpang lagi. Kaki pun dah sakit. Lebih baik aku balik dan berehat. Malam tu aku tumis sayur kangkung dan masak telur kicap juicy yang dah viral sebelum aku berangkat ke Frankfurt.

Hari ni masih budak baik lagi. Lepas kerja, balik hotel. Tunggulah esok, lusa, tulat....ngeee

Telur kicap juicy yang viral sekarang ni. Memang gigih aku cari telur (kat kedai orang Greek) dan cili padi (beli kat kedai runcit Bangladesh) dan limau (beli kat Chinese Supermarket). Kicap ABC bawa sendiri dari tanah air.

Jemput makan malam. Aku selalu makan pukul 8.00 malam. Lepas tu solat dan terus zzzzz. Tido awal sebab tatau nak buat apa. Tengok TV semua cakap Jerman. (Beras Herba Poni Taj Mahal bawa dari tanah air. Beli yang kampit kecik sekilo tu). Sambal bilis tu beli kat Petronas.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit