Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Cucur Ayam Homemade

Imej
Resepi kali ni tak guna tepung. So Atkiners boleh la try buat. Senang aje. Resepi ni aku petik daripada FB Dina Amalina Nordin . Bahan-bahannya: Isi ayam kisar Daun bawang/daun sup Telur Cili merah - buang biji dan dadu halus Bawang besar - didadu Blackpepper Garam Cara penyediaan: Tengok gambar pun dah boleh tau, kan? Hehehe Disclaimer: Text and picture by Facebook Account Owner. Edited by ME

Blueberry Muffin with Ice Cream

Imej
Mat salihnya nama resepi ni. Again...a picture tells a thousand words. Another picturesque recipe from BeeTalk Malaysia .

Nasi Chicken Mandy

Imej
Lauk ayam masakan ni pasti bersih dan suci sebab dah dimandikan....hahaha. Anyway, this weekend ada iftar family. So...aku offer diri nak masak juadah berbuka utama iaitu Nasi Mandy Ayam. Ceh...cam konpiden jer kan. Buatnya magic fingers failed to perform, muntah semua worang nanti. Fret not. Aku tak la suicidal sangat nak penaya orang pada bulan Ramadan yang mulia ni. I have help and they proved so well last time. Untuk orang yang selalu blunder kat kitchen dan tak ada masa nak cari rempah bagai, boleh cuba cara aku ni. Simple aje. Tadaaaa.... Simple kan? Dalam pek ni dah siap ada beras basmathi dan rempah nasi serta ayam. Yang tak ada cuma bahan-bahan salad dan sos aje. Yang tu memang korang kena beli sendiri. Tapi resepi ada diberikan. Kalau korang nak order, boleh contact Fairuza (012-2380843) , ejen kat Cyberjaya. Kalau kat Putrajaya, korang boleh contact 019-6637248 . Tapi bagi sesiapa yang suka buat rempah homemade, boleh cuba resepi daripada Nieza Nor Hamnira . Bah...

Simple Moza Cheese Sheperd Pie

Imej
Sumber: Potato Goodness Aku suka kentang. Kentang lenyek. Kentang goreng. Apa-apa saja kentang. Tapi kandungan carbohydrate kentang ni memang tinggi. Tu kata aku yang nyata agak misleading....hahaha. Kesian kentang! Ini nutritional facts sebenar sebiji kentang. Tak hado kolesterol! Tak hado sodium (garam). Gula pun baru 1 gram per 5.0 oz kentang. Makanya...boleh lah makan kentang secara sihat. Untuk orang diet, kentang ni is a NO-NO. Aku pun tak berapa nak pasti kenapa. Mungkin bergantung pada cara masakan kot. Kalau korang nak tau, Google sendiri ya. Resepi kali ni sangatlah marvelloullicious!  Simple Moza Cheese Sheperd Pie . Lima perkataan untuk gambarkan satu masakan. Mouthful nak nyebutnya. Sebut pie kentang cukuplah kan? Mashed Potato: Kentang 1 kotak kecil susu segar 2/3 sudu besar butter  secukup rasa garam, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah Cara penyediaan: Rebus kentang sampai empuk, toskan & lenyekkan hingga agak halus (nak simple, gunakan ...

Jejari Roti Coklat Nestum

Imej
Ini baru dikatakan a picture tells a thousand words. But in this case 5 pictures tells a thousand words! Resepi amat mudah tanpa teks aku kongsikan daripada Facebook Like Page BeeTalk Malaysia . Moh try! Update: Kat bawah ni, biskut jejari roti yang Aliyah buat. Rasanya memang sedap. Cuma pemilihan cooking chocolate tu amat penting untuk dapatkan hasil yang sedap. Aku guna jenama Nona. Tak berapa nak sedap...hahahah.

Mi Udang

Imej
Biasakan yang tak biasa. Tak biasakan yang biasa.  Itu pesan sifu bahasa aku iaitu Dato' Awang Sariyan, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Kenapa tiba-tiba aku nak bercakap pasal bahasa ni? Sebab ada kaitan dengan resepi kali ni iaitu Mi Udang . Kenapa dengan Mi Udang bukan Mee Udang? See...korang nampak tak? Ejaan Mi selalu dieja Mee which is WRONG! Go semak PRPM . Kamus online terpantas dan termudah nak semak bahasa Melayu. Even sumber resepi ni pun eja Mi salah....huhuhu. Tapi aku dah edit siap-siap...as usual. Bahan-bahan: 6 ekor udang besar (ikut suka) 6 ekor udang kecil buang kulit 2 sudu besar udang kering 2 sudu besar cili kisar 4 ulas bawang putih 6 ulas bawang merah 2 biji tomato buah (boleh ganti dengan 1 sudu besar tomato puree) 1 biji ubi kentang - rebus Garam, gula, serbuk perasa (boleh juga guna lada sulah) sos tomato (boleh guna 2 senduk) sos cili (boleh guna 1 senduk) Bahan hiasan: telur - rebus sawi - celur cili merah - hiris ba...

Bread Lasagna atau Lasagna Roti

Imej
Kahkahkah....aku nak gelak dulu. Sebab makanan ni aku dah cuba buat. It happened that on that blissful day, my fingers aren't doing any magical moves. So disaster berlaku. Lupa nak set oven bahagian bawah. Hasilnya, watashi no cheezu hangus. Bahagian bawah dan tengah jadi soggy sebab tak berapa nak masak. Tapi aku balun jelah walaupun kejadiannya tak sempurna. Ni resepi  Bread Lasagna atau Lasagna Roti yang aku cuba hari tu. Bahan-bahan: 1/2 bawang besar (aku guna bawang Holland) 1/2 tiub daging cincang 1 genggam mixed veggie sos cili sos tomato salt n pepper roti (aku guna wholemeal bread) telur susu mozarella cheese Cara-caranya: Sediakan inti dulu: Tumis bawang, masukkan daging biar sampai empuk. Masukkan sos cili, tomato,salt, pepper and mixed veggie. masak sampai kering sikit. Bahan kulit: Pukul telur dan susu. Celupkan roti dalam bancuhan telur dan susu tu. Then letak inti yg dah masak then tabur mozarella cheese. Buat 2 layer. Bakar suhu 180c...

Kerepek Ketam

Imej
Satu lagi menu goreng-goreng yang mengancam tekak dan perut. Amat mudah dibuat dalam masa yang singkat. Kerepek Ketam oleh Facebook Account Owner Jamayah Bujang . Bahan Bahannya: 2 Bungkus Stick Ketam 1 Sudu Kecil serbuk cukup rasa 1/2 Sudu Kecil serbuk lada putih atau hitam 1/2 Sudu Kecil serbuk kari 3 Tangkai Daun Kari Minyak untuk Mengoreng Cara-caranya: Stick ketam kita rendam kejap keluarkan dari plastik. Tos Stick Ketam dan picit-picit dan koyak koyak hingga halus. Dah siap koyak Stick ketam kita campurkan bersama serbuk cukup rasa,serbuk lada,serbuk kari dan tabur daun kari.. Boleh jemur kejap kalau hari panas. Tak jemur pun tak mengapa. Kita panaskan minyak dan goreng hingga kuning dan renggup. Keringkan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara. Disclaimer: Text and picture by Jamayah Bujang. Edited by ME.

Potato Fritters

Imej
Satu lagi kuih goreng yang tinggi karbohidrat tapi amat sedap untuk dicuba. Kalau tengah amalkan Atkins Diet tu...pandang jelah menu ni yer. Unless boleh substitute kentang tu dengan non-carb ingredient. Bunga kobis kot. Hari tu tengok kat website Atkins, ada resepi Mashed Cauliflower untuk pengamal Phase 1. Okey...tu cerita lain. Kali ni nak cerita pasal resepi Potato Fritters oleh Facebook account owner bernama Nisha Nordin Full . Mudah aje resepi ni. Macam buat fritters udang, bilis and all. Bahan-bahan: 3 biji kentang (sagat halus) 4 tbs tepung jagung 3 tbs tepung gandum 1 biji telur Daun bawang Serbuk Lada sulah Garam Ajinamoto (abaikan jika tdak perlu) Minyak masak (utk menggoreng) Cara-caranya: Satukan kentang yang telah dsagat dgn tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto, Gaul sebati. Panaskan minyak masak. Sudukan dan goreng agak-agak leper. Balik-balikkan sehingga masak. Sedap dimakan bersama sos. ...

Wadeh Udang

Imej
Ibu mentuaku selalu buat wadeh. Lembut aje dan sesuai dimakan oleh orang yang tak ada gigi. Untuk orang yang ada gigi, probability hilang gigi sebab tergigit biji dal yang keras macam batu tu dapat dielakkan...hahaha. Okey ni satu lagi resepi yang menarik. Wadeh Udang . Bukan cucur udang tau. Resepi ni aku petik daripada Facebook Alinah Binte Ali . So...here how she makes her wadeh. Bahan (a): 300 gram kacang dal direndam selama 4-5 jam. 2 - 3 cawan air 2 cm halia Setelah kacang dal kembang, bilas di bawah paip dan ditoskan. Kemudian dikisar bersama halia sehingga halus. Masukkan 2 cawan air dahulu bila tidak cukup baru tambahkan 1 cawan lagi. Setelah selesai dikisar lalu diketepikan Bahan (b): 2 sudu makan yeast segera 1 sudu teh soda bicarbonate  Bahan (c): 4 tangkai lada hijau dibuang biji & dihiris 2 sudu teh garam 2 biji bawang besar didadu 2 tangkai daun kari dihiris 1 sudu teh serbuk lada hitam Bahan (d): 900 gram tepung gandu...

Chicken Cheezy Balls

Imej
I like to cook but I don't always have magic fingers. Kekadang menjadi, kekadang tak. Terutama kalau buat kuih atau kek. Memanjang aje failed dengan jayanya. Tapi kalau masak lauk, cemerlang la sikit. Jadinya hari ni aku nak start buat CookBlog kat blog ni. Senang nak dijadikan panduan memasak. Kat CookBlog ni aku nak compile semua resepi yang aku nak cuba dan dah cuba. Jadi esok lusa tulat kalau rasa nak masak aje,, bukalah blog ni. Senang gitu. Resepi pertama aku nak share ialah Chicken Cheezy Balls . Aku kongsikan daripada Facebook Page Warisan Network . Bahan-bahan: 500g Ayam/Daging Kisar 200g Cheese (Mozzarella, Cheddar, Parmesan) 300g Breadscrumb (Serbuk Roti) 400g Tepung Ubi 3 Biji Kentang 1 Biji Telur (Putih Sahaja) Sedikit garam Sedikit serbuk lada hitam Cara-cara membuat: Kupas kentang dan rebuskan kentang dengan sedikit garam sehingga empuk. Toskan dan lenyek sehingga hancur. Campur kentang lenyek tersebut bersama-sama Ayam/Daging kisar. Campurkan t...

Cherating-Kemaman V2.0

Imej
Ini kali ketiga kami berkunjung ke Cherating . Kali pertama dulu, Family Day company buat kat Impiana Cherating . Tak dapat jalan-jalan ke mana sebab jadual packed. Kemudian mengiring pengantin kat Dungun dan sempat singgah sekejap kat Cherating. Jadi kali ni pergi memang nak jalan-jalan sekitar Cherating-Kemaman. Trip tiga hari dua malam bermula Khamis hingga Jumaat. Dan sememangnya pemilihan hari tu amat penting terutama jika melancong ke pantai timur. Nanti aku bagitau kenapa. koordinat ke Residence Inn Kami menginap kat Residence Inn Cherating , booking melalui Agoda.com . Residence Inn Cherating  is found in Cherating, Malaysia, 30 minutes far from Kuantan, where all the seasides and islands are located. Residence Inn Cherating  is a plain 5 mins stroll from the beach.... Credit to http://www.cherating.org/residence-inn-cherating/ Room size: 38 sq.m. Bed(s): 2 Single Beds / 2 Double Beds View: Pool RM460.00 3H2M Single bed yang dimaksudkan aga...