The Ugly Duckling

Baru selesai mengikuti Bengkel Penulisan Sci-Fi/Fantasi anjuran Astaka Vila Aksara kendalian Fadli Al-Akiti (Jian, Saga Horizon) dan Ahmad Patria Abdullah (Saga Artakusiad).

Kata Abang Pat, setiap penulis baharu ialah The Ugly Duckling kerana suatu hari nanti mereka pasti berubah menjadi si angsa yang cantik. Tapi bagi aku, walaupun dah menghasilkan 10+1 novel pelbagai genre, aku masih si Itik Huduh yang entah bila kan berubah menjadi si angsa yang rupawan.

Tujuan aku hadiri bengkel sedemikian juga adalah kerana ingin belajar dan berkongsi pengalaman dengan penulis dan bakal penulis. Walaupun dah lama berkecimpung dalam bidang ni, aku masih merasakan ada banyak perkara yang aku tak tahu.

Yang benarnya, aku masih mencari arah dan tempat bernaung yang kukuh. Bilakah 'soul searching' ini kan berakhir?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit