Tak macam dugaan si Bujang Lapok

Minggu ni ialah minggu terakhir cuti sekolah. Kononnya nak bawa anak-anak jalan-jalan makan angin dingin di puncak Genting. Cik Abang punya idea. Aku tolak mentah-mentah sebab memang tak suka pergi Genting. Lebih baik pergi Cameron Highland. Tapi akhirnya, aku mengalah juga sebab jarang-jarang Cik Abang nak ajak berjalan.

Tapi malang sekali bila Thaqif kena chicken pox hari Jumaat lepas. Jadi melepas nak pergi puncak Genting. Pagi Sabtu tu, duduk saja di rumah layan Thaqif yang kuat merengek sebab demam panas dek chicken pox. Disebabkan tak ke mana-mana, aku pun suruh Cik Abang pergi pasar Pudu beli barang dapur. Peti ais dah kosong. Punyalah lama Cik Abang pergi pasar sampai aku dah siap masak. Hati dah rasa macam tak sedap. Tapi aku tak layan sangat. Bila Cik Abang balik, baru aku sedar yang rasa tak sedap hati tadi memang berasas. Cik Abang accident lah pula. Kena langgar kereta waktu nak melintas jalan. Mujur luka dan calar-balar sikit aje.

Mulanya aku tak perasan sebab dia selamba aje. Aku perasan ada kesan darah kat baju dia. Ingat darah ikan. Bila aku tengok kat muka dia, ada plaster tertampal. Haish! Aku terus soal jawab dia macam polis pencen. Siap pergi periksa motor kut-kut ada yang tanggal. Bila dia beritahu, cerita sebenar, baru aku cool down. Terasalah nyawa aku melayang bagai sesaat bila dia cakap dia kena langgar. Speechless pun ada. Tiba-tiba aku blank. Macam blackout tak ada elektrik. Sampai hari ni aku rasa semacam lagi. Family yang lain tak tau lagi. Aku rasa Cik Abang mesti tak mahu beritahu sebab takut mereka bimbang.

Walaupun separuh otak aku masih blank, sempat juga aku siapkan manuskrip terbaharu. Kalau tak ada aral melintang, esok aku pos. Nampaknya minggu depan aku mencutikan diri seminggu sebab jaga Thaqif. Weheee...abislah cuti tahun aku.

Ulasan

  1. bersabarlah menghadapi dugaan, semoga tersembunyi rahmat di sebaliknya...

    BalasPadam
  2. yalah kan kak...hidup ni macam-macam dugaan. ada yang manis, pahit, tawar, masam, kelat...macam masakan...heheh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit