Aku selalu tengok iklan Petronas dan Shell mengenai keselamatan menggunakan gas memasak. Yang aku ingat tentang tips-tips keselamatan yang dipaparkan sama ada melalui Maria Tunku Sabri JJCM (Petronas) ataupun Raja Azura a.k.a Kak Engku (Shell) atau iklan daripada Filem Negara Malaysia (kalau aku tak salah ler) ialah cara bagaimana hendak memeriksa kebocoran gas dengan menggunakan buih sabun, jangan letak tong gas anda dalam posisi baring, jangan letak benda panas di atas tong gas, guna tiub gas yang ada cop SIRIM, tukar tiub gas dengan kerap dan banyak lagi. Malangnya dalam banyak-banyak tips tu, aku lupa sesuatu. Aku hanya diingatkan sebentar tadi oleh seorang rakan sekerja. Katanya, setiap kali selepas selesai menggunakan gas memasak, kita sepatutnya tutup gas can cabut kepalanya. Selama ni aku tak pernah buat pun. Masa balik kampung aje aku cabut kepala gas. Tapi kalau pergi kerja, masakan cabut, pusingkan suis kepala gas pun aku tak pernah buat. Kawan aku kata, kalau tak tutup kepa...
Ulasan
Catat Ulasan