Kongsi tips 2: Penulisan karya fantasi

Fantasi bermaksud imaginasi yang tak dibatasi kenyataan, angan-angan, khayalan (Kamus Dewan Ed. 3). Juga bermaksud, obsolete, a hallucination; something, such as an invention, that is a creation of the fancy.

"Fantasy is a genre that uses magic and other supernatural phenomena as a primary element of plot, theme, and/or setting. Many works within the genre take place in fictional worlds where magic is common. Fantasy is generally distinguished from science fiction in that it does not provide a logical (or pseudo logical) explanation for the scientifically impossible events that occur, though there is a great deal of overlap between the two (both are subgenres of speculative fiction) (Wikipedia)."

"Kekeliruan antara genre fantasi dan fiksyen sains seringkali berlaku akibat pertindihan antara kedua-dua aliran saster ini. Buktinya, novel Harry Potter and the Goblet of Fire (JK Rowlings) telah memenangi Anugerah Hugo selaku novel fiksyen sains tebaik 2001, sedangkan ia dikenali umum sebagai karya fantasi kerana penggunaan unsur magis yang begitu ketawa selaku jentera penceritaannya."

Pengkelasan tema genre fantasi:
  • sword & sorcery (quest, epic, heroic, wizards, sorcerer, enchantresses
  • saga, myth & legend (Arthurian legend, ancient civilization, Celtic, Asian, Byzantium)
  • fairy tales (The Familiar, Originals, Short stories)
  • a bestiary (unicorn, dragon)
  • contemporary (urban fantasy, magic realism, the human condition)
  • alternate & parallel worlds
  • time travel
  • paranormal powers (shape shifter, immortal, supernatural being)
  • dark fantasy
  • romantic fantasy
  • celebrity characters
  • shared worlds
Contoh karya fantasi:
  • heroic fantasy (Saga Artakusiad)
  • high fantasy (Lord of The Rings)
  • sword & sorcerer (Conan the Barbarian)
Pesan Abang Pat, menulislah atas dasar cinta. Aktiviti menulis ialah usaha jarak jauh yang mementingkan stamina, bukan kelajuan. Ia terbit dari hati, datang dari ilham. Less is more.

(Dipetik dan diolah daripada nota dan kuliah Ahmad Patria Dato' Hj Abdullah (Saga Artakusiad) di Bengkel Penulisan Saifi dan Fantasi anjuran Agensi Villa Aksara (AVA), 13 Jun 2010, IYC Cheras.


Fantasy is escapism. Kenyataan ini benar bagi saya. Membesar di kawasan Sting Garden yang serba kekurangan dan daif, saya suka mencipta dunia sendiri yang lain daripada apa yang saya selalu lihat. Berangan-angan punya kawan dari dunia lain yang satu hari nanti akan membawa saya pergi daripada dunia yang serba kekurangan ini. Hahaha...bila fikir balik, gelak sendiri. Kanak-kanak berupaya melahirkan dunia fantasi mereka secara natural. Berilah pada mereka kereta mainan ataupun anak patung. Sebentar sahaja, pasti kanak-kanak itu sedang bermain di dunia fantasi rekaannya.

Berbeza dengan orang dewasa yang rata-ratanya perlu memejamkan mata bagi membayangkan sesuatu yang mustahil. Orang dewasa perlu berfikir lebih keras berbanding kanak-kanak dalam melahirkan fantasi. Sementelah, ada banyak halangan dan kekangan yang mendalangi kegagalan membina fantasi yang polos dan selamba. Persoalan logik ataupun tidak, bukan mendasari fantasi yang ingin dibina. Bebaskan fikiran yang menjerat kreativiti dan fikir secara naif dan plos seperti kanak-kanak. Sekurang-kurangnya usaha ini saya lakukan setiap kali mahu melahirkan karya fantasi seperti siri Akademi Gemilang. Cuma jangan terlalu bebas hingga menimbulkan isu sensitif dan menidakkan Yang Maha Esa.

Saya sekadar berpendapat.

Pautan fantasi:

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit