Ahad, 12 Februari 2017

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Aku memang tak berapa pandai nak menggoreng bihun. Selalu kalau balik ke rumah ibu mertuaku, biras yang rajin goreng dan mendapat pujian. Jadi aku tak payahlah nak tunjuk skil. Kang rasa tak hapa-hapa, muntah plak orang...hahahaha.

Tapi hari ni rasa macam nak try goreng bihun. Maka macam biasa, aku Google ajelah resepi. Jumpa satu resepi kat blog Cik Matahariku. Kat bawah ni, aku kongsikan resepi dari blog beliau. Disebabkan aku copy pasta tulisan beliau, maka aku italic font tu menunjukkan itu hak cipta penulis asal...ngehehe.

Bahan-Bahan Buat Bihun Goreng Sedap

Satu bungkus bihun (tak kisah jenama apa, saya biasa guna jenama Jasmin)
1 ulas bawang sederhana besar ( dihiris)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Setengah gengam ikan bilis ( direndam)
Setengah gengam udang kering ( direndam)
Setengah senduk cili kering yang sudah dikisar.
Air secukupnya untuk rendam bihun.
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap ( saya guna kicap lemak manis Jalen)
Garam, gula dan perasa jika suka.
Minyak masak anggaran satu senduk untuk menggoreng

Bahan-bahan Hiasan

satu mangkuk kecil taugeh yang sudah dibasuh bersih
satu mangkuk kecil sawi yang sudah dipotong
bawang goreng atau daun sup

Cara Masak Bihun Goreng Sedap

  • Pastikan bihun sudah direndam terlebih dahulu sebelum memasaknya.Toskan air rendaman jika bihun sudah lembut.
  • Memandangkan saya ni bajet ibu dan isteri mithali, maka saya tumbuk segala mak nenek bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan udang kering.Setel.
  • Panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang besar sehingga naik bau.Kalau ikut mak mertua saya, gorengan bawang besar inilah yang akan menjadikan sambal bihun goreng kita jadi lebih sedap.
  • Masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi dan kacau rata sehingga naik bau juga.
  • Masukkan pula cili kering yang sudah dikisar tadi dan kacau sekali lagi supaya sama rata dengan bawang besar dan bahan yang ditumbuk tadi.
  • Masukkan sos tiram, kicap, gula, garam dan perasakan.
  • Masukkan sedikit air.
  • Biarkan sambal pecah minyak dulu, kemudian baru masukkan bihun yang sudah direndam tadi.
  • Masukkan lagi sedikit air supaya bihun cepat lembut.Tutup dengan penutup kukus sehingga air kering dan balik-balikkan bihun tersebut.
  • Kecilkan api ketika ingin melembutkan bihun tadi.
  • Akhir sekali bila bihun sudah lembut, masukkan sawi dan taugeh.
  • Kacau sekali lagi supaya semua sayur tadi rata.
  • Tabur bawang goreng atau daun sup untuk hiasan.


Tapi masa aku buat, aku tak letak fishcake, taugeh, sawi, bawang goreng dan daun sup. Aku cuma letak sotong dan kubis saja. Sebab aku gunakan bahan-bahan yang ada kat rumah saja. Tak rajin nak pergi kedai.

Aku ikut satu-persatu cara-cara yang beliau catatkan. Dan hasilnya......tadaaaaaaaa



Rupa pucat sikit sebab cili kering yang aku guna tu pucat warnanya. Sama ada aku terlebih letak air masa kisar ataupun memang cili tu jenis yang tak merah menyala. But don't judge the book by its cover. Bihun ni memang tak ada rupa, tapi rasanya amatlah kebabommmmmssssss.

Memanglah resepi ni superb. So pada sesiapa yang buta senduk macam aku, bolehlah try. Insya-Allah menjadi dan sedap menyelerakan. Yang paling penting, resepi ni simple, tapi sedap!

Oh satu lagi. Beliau ada bagi petua yang korang kena ikut untuk menghasilkan bihun sesap sangat!

Petua Mudah Buat Bihun Goreng Sedap 

  • jangan masukkan air banyak sangat dalam bihun yang hendak dimasak.Sebabnya kita dah rendam dia, dan bihun tu dah lembut, kalau letak air banyak masa kita nak goreng dia, alamatlah boleh jadi lembik bihun tu dan tak sodaplah bihun tu.
  • Masa kita tengah menumis sambal bihun goreng tu, boleh rasa sikit dah cukup manis, masin dan segala bagai tu supaya bila dah masukkan bihun, takde masalah bihun tawar atau kurang gula.muehee.Ini untuk beginner yang baru nak belajar masak..kalau yang dah pro, tak kan bukak blog cari resepi ni kann.
  • Kalau nak mudahkan bihun tu dimakan oleh ahli keluarga terutamanya yang ada anak kecik nak makan macam saya ni, potong sikit2 bihun yang sudah lembut dengan sudip yang kita guna tu.Takdelah nanti bihun tu boleh buat depa tercekik sebab panjang-panjang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan