Walking in the past

Dah bertahun aku tak jejak kaki ke situ. Semenjak aku meninggalkan tempat itu 7 tahun lalu, baru hari ini aku jejaki balik. Banyak yang dah berubah. Dahulu gondol. Sekarang penuh rimbun dengan dedaun hijau yang meredupkan taman ilmu itu. Terasa semacam juga tatkala aku menginjak kaki ke jejak-jejak yang pernah aku lalui suatu ketika dahulu.
Inilah tempat di mana aku pernah 'jatuh', tempat aku menyain nama untuk mencabarkan diri mendaki puncak setinggi 7000 kaki.

Laluan kedamaian tempat aku melintas setiap kali mahu mencabar diri mendaki...ehehehe. Seram aje tatkala itu. Walking in the past ler plak....


Di tapak inilah Bongo declare cintanya pada Eta depan kita orang dulu. Masa tuh empunya badan tiada di situ. Oi korang...kawan, kawan jugak. Sempat korang main cinta yer...ekekeke. Dah ada dua orang anak dah pun...betullah korang ni. Senyap-senyap cam sniper.


Sedang aku dok berangan sambil pegang kamera ingat masa lampau, tetiba aku terserempak ngan Ustaz bahasa Arab masa aku first year dulu. Walau dah dekat 11 tahun aku meninggalkan tahun satu, muka ustaz Arab tuh sama gak macam dulu. Cuma dah beruban sikit. Ntah dia ingat ke idak dengan The Fastest Reader nih.

Kalau aku introduce diri aku masa tuh, mesti tergeliat lidah aku nak membalas balik cakap Arab yang dah lama aku tak praktis. Tapi rasa cam rugi ajer aku tak perkenalkan diri masa tuh.

Tempat ni memang banyak dah berubah sampai aku rasa dulu aku ada kat planet lain, sekrang planet tu dah berubah kepada planet yang lain pulak. Muka studentnya plak cam ada iras-iras batch aku dulu ler plak. Kalaulah masa itu dapat ku putar kembali ke belakang...banyak benda aku nak baiki.

Untuk makluman, U ni juga ler latar belakang kepada novel-novel aku: Segalanya Cinta - ni kampus PJ ler plak; Sebenarnya Cinta - cerita hampir lebih kurang sama ngan pengalaman aku sendiri kat kampus ni ler (mujur yang berkenaan tak tau blog ni wujud. dan akhir sekali novel ...dan mimpi pun bersatu - latar belakang kampusnya aku modelkan di sini juga.

Jadi sesapa yang tau kampus ni kampus apa, tentu dapat imagine tempat-tempat yang aku penah sebut dalam novel tu. Selamat berangan-angan!

Ulasan

  1. Oooo... pecah rahsia... hehehehe...

    Biasaler penulis akan dasarkan kisah yang digarap kepada pengalaman lalu.

    Ingatkan pergi situ ada kerja.. rupanya bernostalgia... kekekekekke

    BalasPadam
  2. kerja sambil bernostalgia...ehehehehe

    BalasPadam
  3. Salam,
    Izza ex-IIUM batch thn brp? Saya grad 2001. Sama batch kita? Kot2 jejak kasih ni :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit