Kudrat teruji

Kali ini kudrat aku benar-benar teruji, secara fizikal dan juga mental. Dua minggu lepas, pada hari Sabtu, aku terima manuskrip novel cinta remaja/dewasa (tajuk masih rahsia) untuk diedit semula. Masa yang diberikan tidak sampai satu minggu. Hari Khamis dah kena hantar semula kepada penerbit untuk pembetulan dan pembuatan filem. Hari yang sama juga, aku terima satu lagi manuskrip iaitu projek pertama novel remaja/awal remaja. Masa yang diberikan juga suntuk. Hari Selasa sudah dipulangkan kepada penerbit untuk pembetulan. Kedua-dua manuskrip ini akan diterbitkan pada bulan April nanti. Sudah tentu pasaran utamanya ialah semasa pesta buku hujung April nanti.

Sebenarnya dalam waktu yang sama aku bergelut dengan dua buah manuskrip tadi, janji lama telah dituntut oleh penerima janji. Aku terpaksa berhempas pulas menyiapkan satu novel pendek. Dalam masa dua hari aku perah otak menyiapkannya. Walaupun aku sudah ada manuskrip di tangan, tetapi memandangkan usianya sudah agak lama, isi kandungannya sudah tidak sesuai untuk disiarkan pada masa ini, aku terpaksa tulis semula.

Sibuk dengan kerja-kerja penulisan, kerja-kerja di pejabat pun tak kurang hebatnya. Dua majalah aku tangani serentak. Bagai nak gila kepala otak bersimpang siur nak pegang yang mana satu. Artikel aku masih belum siap lagi. Mujur aku yang kawal trafik. Tak ler kelam-kabut sangat...hehehehe.

Mujur esok aku lupa bagi nama untuk perarakan Maulidur Rasul. Kalau tidak, assignment yang deadlinenya esok juga pasti tak sempat aku nak siapkan. Haru-biru betul hidup aku semenjak tiga minggu nih. Penat!

Ulasan

  1. Kudrat Teruji...

    Sedap buat tajuk novel atau drama nie... :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit