Insya-Allah novel kelima saya dengan Kaki Novel akan berada di pasaran pada pertengahan bulan April nanti. Sekarang novel berkenaan sedang dalam proses suntingan editor KN. Kulit novel juga sedang direka oleh pereka grafik.

Malah bukan itu sahaja, novel remaja saya yang pertama akan berada di pasaran pada penghujung April atau awal bulan Mei. Ini merupakan usaha sulung saya untuk menceburi bidang penulisan novel remaja yang sedang giat berkembang. Novel ini merupakan novel remaja bersiri. Manuskrip tersebut juga sedang disunting oleh editor syarikat penerbitan berkenaan.

Ini bermaksa, jika segala-galanya berjalan lancar, pada bulan April nanti saya akan ada double novel yang akan masuk ke pasaran. Dan saya juga akan bekerjasama dengan dua penerbit dengan dua nama pena yang berbeza sedikit kerana hendak membezakan genre penulisan saya.

Sekiranya kedua-dua penerbit memberikan lampu hijau, saya akan siarkan tajuk, kulit novel berserta dengan sinopsisnya sekali tidak lama lagi.

Jadi, nantikan kemunculan buah tangan saya yang seterusnya!

P/S: Sekarang ni sudah kena mula mencari idea tambahan dan jalan cerita untuk sambungan ...dan mimpi pun bersatu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit