Cinta Lukisan Jiwa di Avenue K dan Ghost Rider

Cinta Lukisan Jiwa

Tadi sempat singgah sebentar di Avenue K menyaksikan pelancaran mini (tak kan lembut kut...ehehehe) atau soft launch novel Dina Najat berjudul Cinta Lukisan Jiwa terbitan terbaru Kaki Novel. Malang sungguh hari ni sebab aku lupa nak bawa kamera. Selalunya walau ke mana saja aku pergi, kamera aku sentiasa di sisi. Tapi hari ni terpaksa tumpang kamera Kak Noor dan kamera Anim (jangan lupa emel yer).

Sama seperti masa soft launch KSL dulu, aku tak dapat nak bertandang lama-lama. Aku ada hal, ada misi yang perlu diselesaikan, ada hutang yang perlu dilangsaikan. Maaf yer Dina, bos KN, kawan-kawan semua terutama Kak Noor yang ugut tak mo datang soft launch aku...huwaaaaa...aku terpaksa memendekkan masa santai bersama kalian semata-mata kerana Ghost Rider...wakakakaka. Habislah benjol kepala aku kena ketuk sat lagi. Ampun ya semua.

Walau apa pun, aku nak memberi laporan mengenai pertemuan tadi memandangkan Wabbit tak dapat hadir sebagai pemberita rasmi kerana dikhabarkan dia pergi menuai ladang lobaknya yang sudah masak ranum di selatan sana.

Aku sampai setengah jam lewat waktu yang dijanjikan. Bukan sengaja, aku cuma tak duga yang Jalan Cheras akan sesak hujung minggu juga. Maklumlah masih belum biasa dengan kawasan baru ni. Anyway...masa aku sampai...akulah orang yang terakhir sampai...eh jap. John Norafizan ialah orang yang terakhir sampai...ehehehehehe. Waktu aku tiba, malu-malu gaban gak aku mencari kelibat Izzul. Aku tak tau siapa aku nampak dulu. Yang aku tau aku nampak Infa, Kak Lena, Wan, Anim dulu. Masa aku dah duduk, barulah Kak Noor sergah dari belakang. Sebelum tuh Anim buat salam ukhuwah ler plak. Selalunya Kak Lena yang rajin gitu. Nasib baik elergik aku tak datang tadi...ekekeke. Ampun ek kengkawan. Aku seram sket manja-manja gitu...ekekekekek. Siapa yang tau, taulah.

Kemudian bila line dah clear, nafas pun dah stabil, pandangan mata pun dah tak berbilau lagi, barulah aku nampak the rest of the clan. Ada Kak Puteri (tak dapat borak panjang cam biasa), ada Kak Anita (bawa baby baru. Kita sedondon ler cam kumpulan nasyid plak...hehehe), dan tentunya Dina Najat yang sedang sibuk menurunkan autograph kat novel keduanya. Selain dapat novel free, dapat cup cake yang diletakkan dalam bekas comel. Rasa sayang pulak nak buang kotak tuh.

Borak, borak dan borak akhirnya sampailah waktu aku meninggalkan majlis. Lain kali kita leh borak lagi semasa soft launch novel baru KN akan datang.

P/S: Terima kasih pada Wan kerana memberikan buah tangan yang menjadi rebutan Aliyah dan Nurin...ekekekek.

Ghost Rider

Dah lama aku tak menonton filem di pawagam. Filem terakhir yang aku tonton ialah Harry Potter and the Goblet of Fire dan Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe di GSC One Utama new wing. Hari ni, terlanjur aku keluar sendirian (mum's day out), aku ambil kesempatan untuk menyaksikan filem terbaru Nicholas Cage. Filem terakhir lakonan dia yang aku tengok di panggung ialah Face Off.

Hmm...filem ni tak begitu menghampakan. Cuma babak baik gaduh dengan jahat memang langsung tak ganas. Wajah penjahat aje yang seram...dan hensem plak si Blackheart tuh...ehehehe. Babak yang paling menarik ialah masa watak Johnny Blaze lakonan Cage beraksi di atas motorsikal membuat stunt dan masa dia jadi Ghost Rider. Filem ni okay cuma ada sesuatu yang kurang. Tak mencengkam jiwa aku sebagaimana aku tonton Harry Porter dan Narnia dulu. Filem ni latar belakangnya sama macam filem Constantine lakonan Keanu Reeves - anak setan masuk dunia nak take over keje bapa dia.

Dulu masa di kampus, aku dan roomate memang suka sangat nonton wayang. Pantang ada filem baru, kamilah yang serbu dulu. Kira macam kaki wayang juga ler. Filem tak best pun pergi tengok. Saja nak perabis duit...hehehe. Tapi sekarang aktiviti ni dah lama aku tinggalkan. Hanya filem-filem tertentu aje yang berjaya menarik aku ke pawagam balik - skrin besar gaban dan sound system yang power...bukan nak dot dot dot macam sebilangan besar remaja/belia yang masuk pawagam. Lagipun sekarang nak kuar umah kena bawa bodyguard, susah nak tinggalkan. Kalau aku nak juga nonton filem, ambil cuti dan pergi tengok sekali dua filem dalam sehari macam yang aku buat tahun lepas. Lepas tengok Narnia, sambung pulak Harry Porter kat panggung sebelah.

Keluar panggung, pening sekejap.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit