Sebenarnya Cinta (stok terhad)

ISBN: 9789833156009

Format: Paperback
Penerbit: NH Media
Tahun: 2004
Harga: RM13.90
Tema: cinta, persahabatan, kekeluargaan, aksi


Harga promosi: RM11.00


Novel ini melingkari sketsa kehidupan empat orang remaja iaitu Dania, Zakuan, Zahim dan Sharmine. Watak-watak lain seperti Atira, Diana, Rafidah, Nizam, Adli dan Shelby turut menyumbang konflik dan tanda tanya dalam kehidupan empat orang remaja ini. Kisah bermula dengan konflik antara Zakuan dan Zahim yang ingin merebut kasih dan perhatian gadis pujaan ramai iaitu Sharmine. 


Dalam permainan rebut-merebut ini, Dania secara tidak sengaja telah terheret sama dalam kancah perebutan ini. Bermulalah ikatan persahabatan-permusuhan tidak rasmi antara empat orang remaja yang sama-sama belajar di sekolah menengah dan universiti yang sama ini. Kemunculan Shelby dalam hidup Zahim mengubah persepsi dirinya sehingga melahirkan bibit-bibit cinta terhadap Dania di luar sedarnya. Namun Dania tidak mudah menerima kerana ragu-ragu dengan keikhlasan Zahim.


Konflik demi konflik terus berlaku. Penculikan Dania, pengkhianatan Diana, kecaman Rafidah, keterlanjuran Sharmine-Zakuan, godaan Nizam, ancaman Tuan Farid dan keberanian Adli saling merencami kehidupan watak-watak dalam novel ini. Demi meleraikan konflik yang berpanjangan ini, Dania telah mengubah imejnya dengan meluruskan hati untuk ke jalan yang benar. Walaupun keihklasan hatinya dicemuh, namun dia tetap tegar. Setelah tamat pengajian, Dania ke kota Leeds mencari Zakuan dan Sharmine.
Di sini konflik yang dihadapi oleh empat remaja ini akan menemui jalan penyelesaian. Namun siapakah antara mereka yang benar-benar bahagia dengan keputusan masing-masing?


Kepada sesiapa yang masih belum berkesempatan menatap novel terawal saya, kini anda boleh mendapatkannya.  Stok terhad!

Ulasan

  1. hm...interesting. ni yg buat jd addict balik ngan novel ni

    BalasPadam
  2. sy tak pernah berjaya overcome the addiction of reading novels...hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Sambal hangit

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap