Kongsi tips 3: Kriteria fiksyen sains

Menurut Damon Knight (1922-2002), pengarang fiksyen sains terkenal, karya fiksyen sains didasari kriteria berikut:
  1. sains
  2. teknologi dan rekaan
  3. zaman aka datang dan zaman lampau termasuk semua cerita pengembaraan dalam masa
  4. ekstrapolasi
  5. metod saintifik
  6. dunia lain (planet lain, dimensi lain)
  7. bencana alam (semula jadi ataupun perbuatan manusia)
Beliau berpendapat bahawa cerita yang mengandungi tiga ataupun lebih kriteria yang disebutkan, boleh dikategorikan sebagai fiksyen sains; yang mengandungi dua unsur pula berada di persempadanan (borderline); dan yang mengandungi satu unsur saja ataupun tiada langsung, bukanlah fiksyen sains.

"Science fiction deals with improbable possibilities; fantasy with plausible impossibilities (Miriam Allen deFord)

(Dipetik dan diolah daripada nota dan kuliah Ahmad Patria Dato' Hj Abdullah (Saga Artakusiad) di Bengkel Penulisan Saifi dan Fantasi anjuran Agensi Villa Aksara (AVA), 13 Jun 2010, IYC Cheras.

Ulasan

  1. Mungkin boleh publish nota kuliah(raw or rewrite) kat http://www.scribd.com/

    Sekadar cadangan...

    BalasPadam
  2. nanti sy tanya pd tuan fasilitator. sbb rasanya hakcipta, mrk yg pegang

    BalasPadam
  3. boleh guna, tapi mohon kreditkan nama penyumbang, ini termasuk bahan yang kami rujuk.

    Bagi saya, penulisan fiksyen sains, yang paling penting ialah, mencari tujuan/idea (novum=idea baharu, atau idea lain, ingat tak?) cereka itu ditulis (cara penulisan itu nanti dahulu).

    Contoh: Food of the Gods ditulis oleh HG Wells kerana meletakkan idea: makanan dunia mengurang sedangkan populasi manusia meninggi, manusia perlu menggunakan sains untuk membina "tumbuhan" dna "haiwan" gergasi - idea ini membawa kepada kejuruteraan makanan serta teknologi dan sains makanan yang kita tahu meriah sekarang.

    Cerita fiksyen sains yang "ciput" pun mementingkan idea, contohnya, novel Terjebak di Terowong Katak Othman PUteh (contoh novel sai-fai), idea: wujud ekologi lain yang sama intelektual seperti manusia; katak pandai. Walaupun hal ini fiksyen, para saintis sekarang mendapati haiwan mmg berkomunikasi dan mempunyai "budaya" dan "interaksi" kendiri dalam hal mengimbangi mesra alam.

    BalasPadam
  4. Oh ya, Hani, tahniah! semangat betul awka ya..

    BalasPadam
  5. jemput masuk ya:
    http://sai-fai.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Sambal hangit

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap