Karya saya



Sebelum ini saya hanya menganggap Siri Akademi Gemilang sebagai karya saya yang bercorak saifai/fantasi memandangkan latar penceritaannya melibatkan kebolehan luar biasa (manusia meta) dan juga kewujudan Dimensi Yunar; tempat asal Gen Gemilang. Tetapi seorang rakan penulis mengatakan novel popular saya iaitu Dan Mimpi Pun Bersatu dan kesinambungannya, Kasih Pun Bersatu sebenarnya karya fantasi popular.

Kenapa fantasi popular? Fantasi disebabkan latarnya di kerajaan beraja Dhiyapura yang memang tidak wujud dalam peta dunia. Popular kerana tema utamanya masih cinta disulami dengan aksi. Kedua-dua novel ini boleh juga saya kategorikan sebagai epic romance iaitu kisah raja-raja, tetapi bukan raja zaman dahulu.

Dalam kompilasi nopen Kasih Yang Tak Pasti, ada terselit dua nopen fantasi iaitu "Tiara Dayana" dan Cendana Petualang Merah". Kedua-dua nopen ini berlatarkan masa hadapan dan juga alam lain.

Novel-novel saya yang terdahulu iaitu Sebenarnya Cinta dan Segalanya Cinta turut mempamerkan aksi. Dalam Mufin Manja, saya cuba menulis sesuatu yang berbeza iaitu keusahawanan.

Tema/persoalan apa lagi yang saya belum sentuh, ya?

Ulasan

  1. arghhh...sebenarnya sy dah berjanji dgn seseorg utk menulis mengenai tema itu...heheh (gelak bersalah). tapi masih belum tertunai

    BalasPadam
  2. Hehe... samalah. Tak gerak-gerak dari bab 1...huhu

    BalasPadam
  3. err..harap2 editor tak jenguk ke sini...wahahah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit