Pesta Buku Selangor 2009
Semalam saya berkesempatan mengunjungi PBS09 di Kompleks PKNS, Shah Alam. Sempat membeli tiga buah novel dan berbual-bual dengan kak Noor Suraya di booth Jemari Seni. Ramai juga pelajar yang datang mengikuti rombongan sekolah. Tapi bilangan dalam kumpulan tak ramai. Mungkin disebabkan kebimbangan terhadap virus H1N1. Sedang enak berbual, rakan yang datang bersama saya menerima panggilan daripada guru sekolah anaknya, yang terpaksa ditutup sebab beberapa pelajar sudah dijangkiti virus itu.
Maka dia terpaksa ke sekolah anaknya. Terganggu juga perasaan dek mendengar berita itu. Serta-merta terkenangkan Aliyah di sekolah. Harap-harap tiada jangkitan berlaku di sekolahnya. Hasrat saya nak menjenguk ke booth mencari buku hasil tulisan sendiri terpaksa dibatalkan. Jadi tak tahu sama ada novel sendiri ada dijual di pesta itu ataupun tidak.
Isnin lepas, saya ke kedai buku Popular di Sunway Piramid. Malang sungguh apabila mendapati tiada satu pun novel sendiri, yang melibatkan dua penerbit, terpamer di kedai itu. Maka timbullah idea...patutkah saya berhijrah? Huhuhu....
Ulasan
Catat Ulasan