Gila Mukabuku

Semenjak 6 bulan lalu, aku dah mula berjinak dengan Mukabuku atau nama glamernya Facebook. Mulanya kekok juga aku nak kenal FB, macam masa mula-mula layan Friendster. Tapi Friendster untuk budak-budak, hanya sesuai untuk peminat AG. Jadi aku buat akaun Friendster semata-mata kerana peminat AG yang ramai menjemput.

Tapi sekarang aku dah gila FB. Perkara pertama yang aku buat bila buka PC/laptop ialah buka akaun FB aku. Intai kebun-kebun aku dan aktiviti penculikan. Kut-kut ler ada orang kidnap aku, kan. Kenalah cepat-cepat melepaskan diri. 

Disebabkan begitu taasub ngan FB, dah seminggu aku tak menulis. Sambil edit buku terbitan opis dan edit report, aku layan gak FB. Selalunya lebih FB daripada kerja (ampun boss...wahahaha). Sementara kajian aku belum bermula, apa salahnya aku layan FB dulu kan, kan, kan, kan, kan.

YM pun dah tak begitu mendapat tempat di hati aku. Bebudak kat opis lebih suka berbalas pantun dlm FB. YM hanya digunakan untuk hantar fail aje. 

Kiranya FB ni satu fenomena yang melanda dunia sehingga membolehkan orang bersosial dengan hanya menghadap komputer tanpa perlu bersua muka. Boleh kongsi apa saja dengan rakan-rakan. Kalau ada reunion rakan FB, aku rasa semua komuniti FB akan terlibat sama.

Ulasan

  1. Berbalas pantun dalam Mukabuku tu camne? Guna FB Chat ek?

    Aku rasa akan ada satu wave baru lepas ni. Wave yang datang dari para majikan pulok... Ekekekekeke... Guess what? Yup... Adoi laaa...

    BalasPadam
  2. bos aku drp ketua unit aku, pengarah eksekutif sampai ke pengerusi ada FB ler. aku dh add depa org. so there's nothing to hide.

    tak guna FB chat. tp saling komen-mengomen status FB ler.

    BalasPadam
  3. ...lepas tu gado2 dalam fb. walhal diluar, baik jek. haha..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit