Bacaan pruf selesai

Final cover Mufin Manja.

Saya baru saja menyudahkan bacaan pruf Mufin Manja. Terdapat beberapa fakta yang perlu diselaraskan. Banyak juga saya terlepas pandang. Mujur manuskrip Mufin Manja tidak tebal. Sekadar 173 halaman.

Tak sabar saya nak melihat pruf AG3 yang masih belum mendapat apa-apa berita. Manuskrip novel kesinambungan DMPB pula sedang dibaca oleh editor. Tak sabar rasanya hendak melihat manuskrip yang ni yang lebih istimewa.

Sambil menunggu pruf kedua-dua manuskrip, saya sedang mengusahakan sambungan cerita Abang Ryan kita tu. Masih ingat dengan Kerana Dia Cinta? Ada yang minta supaya saya satukan semula Ryan bersama Gia. Hmmm...walau apa pun, biarlah segala persoalan itu terjawab apabila kisah Abang Ryan diterbitkan insya-Allah pada tahun 2010. Ada kejutan menanti!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Sambal hangit

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap