Kabel yang hilang

Aku masih dilanda kekecewaan kerana kabel kameraku masih tidak dapat dikesan keberadaannya. Sudah puas aku menyelongkar di sana sini sampai naik sesak napeh. Tak sedar diri sedang berpantang...ehehehe. Apa taknya, aku rasa cam dah sihat aje. Kununnya cergaslah sket. Tapi lepas naik tingkat atas, pendek napas aku...hu heh hu heh. Whoa...ingatkan dah kuat sangat.

Rasa cam nak upah bomoh aje tulun kesan kat mana kabel itu bersembunyi. Dah beberapa bulan sebenarnya aku tak nampak kabel yang selalu aku nampak tuh. Mana pula tangan gatal aku dah sembunyikan menatang tuh kali ni. Memori aku pun dah short term. REM tak cukup. Sekarang ni aku rasa cam nak tido aje. Almaklumlah si Thaqif suka sangat berjaga malam mencari ilham mengarang lagu pujaan hati umi dan ayah dia.

Sedang aku dok melayan nyanyian merdu Thaqif malam-malam buta tuh, sempat pula terbit dua idea untuk manuskrip baru. Mentibang sunggoh! Time tu ler aku nak capai laptop. Tapi tak bleh sebab tengah joget samarinda sambil dengar Thaqif menyanyi. Haru betoi! Harap-harap malam ni Thaqif lupa lirik. Dapatlah aku tido dengan sepuas-puasnya. Esok mungkin kepala aku tak pusing macam gerak geri gasing. Bolehlah aku mula mengarang duit...ehehehehe.

Ulasan

  1. Izza,

    Saya punya kabel kamera pun entah ke mana. Sebab tu belum dapat e-melkan gambar di PWTC hari tu. Nanti saya ikhtiarkan. Worse case, saya pergi kedai gambar transfer gambar ke CD (tapi kena tunggu banyak gambar, baru berbaloi).

    BalasPadam
  2. hahahha...lamanya nak tggu gambar byk. lepas raya kut...tak pe. kamera sy satu spesies ngan cucu sedara p ramlee tuh. apa2 hal pinjam kat dia aje

    BalasPadam
  3. uwaaaa!!!... aku yang terlepas, rupenya thaqif dah lihat dunia pun. minta maaf minta ampun izza... esok kena jadi detektif, cari rumah izza nih.

    opps... sebelum tu tahniah untuk hero, ahli kecil baru

    -ruby-

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit