Ibarat padi bunting

Tajuk entri kali ni tak ada kena mengena dengan keadaan fizikal aku sekarang ni. Kebetulan aje pepatah Melayu tu ada perkataan 'bunting'.


Ibarat padi bunting, semakin berisi semakin menunduk. Inilah kualiti yang kita mahukan daripada pemimpin. Lagi tinggi kedudukan, lagi merendah diri dan sedar diri dan tahu dia itu sedang memikul amanah rakyat. Bukannya lagi tinggi kedudukan, ego makin besar, otak semakin bodoh. Ada orang, yang sebelum dikurniakan jawatan tinggi, begitu rendah diri, syukur dan bijak berfikir. Tetapi sesudah dikurniakan darjat ketinggian dan kedudukan seperti dewa, jadi sombong diri, bongkak dan semakin bodoh mengalahkan orang tak berpelajaran. Sepatutnya dengan kedudukan selesa begitu, dengan kuasa amanah yang sebegitu besar, dia seharusnya menjadi lebih bijak dan lebih bersyukur atas nikmat kurniaan-Nya. Tapi entah teori apa yang dipraktikan, sekolah mana yang dia ikut, fahaman mana yang dia anut, tiba-tiba jadi bodohLAH pulak. Tak faham aku!

Aku jadi gunung berapi pagi ni lepas baca entri di blog Kelana mengenai penerima pingat tertinggi anugerah keberanian sempena Hari Pahlawan - Kanang anak Langkau. Beliau menolak gelaran Datuk dengan alasan, “I am not a rich man. I am poor. If I am made a Datuk, I will have to dress up smartly and get a driver which I cannot afford.” (Dipetik daripada The Star Online).
Hmm...aku rasa kalau orang lain, tentu berlumba-lumba nak dapatkan title Datuk sampai sanggup main belakang eh main tikam belakang, pijak kepala orang, rasuah...macam-macam lagilah semata-mata nak dapatkan gelaran atas dunia tu. Bagi aku hero yang sejati tidak mementingkan pangkat dan kedudukan sebagai balasan jasa besarnya terhadap negara dan bangsa.

Pemimpin yang ada sekarang harus sedar amanah yang sedang dipikul. Jangan ghairah mengumpul kekayaan dan mementingkan kedudukan sehingga yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. BSKL semakin jatuh, minyak mungkin naik, rakyat makin sengsara, ada pemimpin yang semakin kaya?

Ulasan

  1. Salam Izza,

    Bila tangan mencecah awan,
    Dirasakan diri sudah hebat,
    Tatkala awan menjadi hujan,
    Barulah tahu kedudukan darjat.

    Bila jenama Barat jadi pakaian,
    Dirasakan diri orang berada,
    Tatkala kain putih menjadi kafan,
    Barulah tahu semuanya sementara.

    BalasPadam
  2. uish...rakyat sudah diberi gula-gula
    berpantunlah pula...
    heheheh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit