13 Ogos

Persoalan yang menghantui jiwa aku semalam ini terungkai jua. Ewah...macam ayat dalam novel ler pulak...hehehe. Semalam pergi Serdang. Baby dah berat 3.3 kg. Maka selepas berunding dengan dua orang doktor, yang ketiga ni keluar ikut tingkap macam yang kedua. Apa nak buat...dah maknya cute miut sangat...ehehehe.

Jadi hari ni hari terakhir di pejabat sebelum cuti panjang. Hari Isnin nak lepak-lepak jer kat rumah, kemas apa yang patut. Hari Selasa, admit ke Serdang. Hari Rabu baru operate. Kiranya aku tak payahlah kelam-kabut lagi. Tarikh dah dapat jadi semuanya boleh dirancang dengan baik melainkan rezeki tiba awal, aku contraction dulu sebelum tarikh 13hb tu. Apa-apa pun boleh berlaku.

Semalam aku tengok jadual c-section di Serdang untuk hari ni sudah penuh. Ramai betul nak bersalin pada 08082008. Kalu dapat 20082008 pun lawa gak. Tapi aku malas nak fikir pasal tarikh ni. Tak significant pun. Tapi kebetulannya 13 Ogos ni tarikh anniversary nikah aku. Jadilah kebetulan yang tak dirancang.

Apa-apa pun doakan moga segala-galanya selamat tanpa sebarang prasangka dan waswas ...hahahha.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit