Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2008

Syukur

Imej
Ada orang begitu bernasib baik memperoleh segala-galanya - kerjaya, wang ringgit, rumah besar, kereta luar negara. Pendek kata, hidup senang walaupun tak semewah jutawan. Ada orang begitu bernasib baik walaupun tak ada wang ringgit berkepuk-kepuk, hidup tetap senang dikelilingi keluarga yang bahagia, cukup makan dan pakai. Ada orang begitu bernasib baik dapat peluang belajar dan mengubah nasib keluarga daripada susah menjadi semakin senang. Ada orang bernasib baik sejak kecil hidup langsung tak dibelenggu kesusahan. Tetapi tak semua orang tahu mengucapkan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan oleh-Nya. Sama ada mereka sedar ataupun tidak, mereka tidak pernah mahu rasa berterima kasih atas apa yang mereka ada. Malah ada pula yang merungut dan mengeluh jika sesuatu perkara tidak menepati selera ataupun jangkaan yang dikehendaki. Apabila diduga sikit, sudah mengeluh kesah bagaikan ditimpa segumpal batu yang maha besar. Kalau boleh, makan pun mahu disuap saban waktu. Mungkin golongan in...

Siren

Imej
Dah banyak kali aku terserempak dengan kenderaan bermotosikal besar yang jadi escort kereta VIP waktu orang tengah bersesak-sesak nak pergi kerja ataupun balik kerja. Kehadiran mereka ni selalu buat aku keliru. Kalau kat lane kiri ataupun kanan, senanglah nak himpit ke tepi. Tapi kalau kat lane tengah, nak himpit ke mana? Macam pagi tadi. Aku ada kat lane tengah MRR2 dekat ngan exit Pandan Indah/Shamelin. Tetiba dengar bunyi siren escort . @#^%^*&*. Depa tengah nak lalu di antara lane tengah dan kanan. Maka aku bagi signal , himpit kiri. Keta sebelah kiri semua tak mau ke kiri dan beri laluan. Haru betul. Kereta kat tengah semua cam confused aje termasuk aku. Terpaksa gak himpit ke kiri perlahan-lahan dengan hati-hati sebab takut bergesel ngan keta yang tak mahu ke tepi. Aku memang nyampah tul ngan kereta yang ada escort nih. Tak kiralah ngko menteri ke, VIP ke, orang besar ke...kalau jalan dah jammed , tunggu jelah. Sama-sama merasai apa yang golongan marhaein rasa. Barul...

Pesta Buku Selangor

Tadi sempat singgah di Pesta Buku Selangor, Kompleks PKNS, Shah Alam. Pengunjung masih tak ramai. Mungkin sebab hari kerja dan hari persekolahan. Esok mungkin ramai orang. Tak banyak penerbit yang ada. Aku tak nampak langsung booth DBP/Dawana. Sama ada aku yang tak nampak, ataupun mereka memang benar-benar tak ada. Booth CESB pun aku tak nampak gak. Yang aku nampak, booth PTS dan Jemari Seni. Sempat juga bertegur sapa dengan novelis Noor Suraya dan Ruby Hazry. Pada mulanya aku tak perasaan sebab sibuk mengelak daripada agen-agen buku kanak-kanak yang suka kejar orang walaupun aku dah kata 'tak mengapa' dengan sopan sekali. Setiap kali pesta buku, aku memang tak gemar ler agen-agen yang suka kejar orang ni. Kalau dah kata tak mengapa, janganlah pergi tanya-tanya lagi 'ada anak umur berapa'. Tak faham bahasa ke kalau orang dah kata 'tak mengapa'? Memanglah buku-buku tu semua elok dan berguna bagi perkembangan bahasa Inggeris anak-anak. Tapi tengoklah harganya dulu...

Pesta Buku Lagi

Imej
Kompleks PKNS, Shah Alam 25 Julai - 3 Ogos 2008 PWTC, Kuala Lumpur 31 Julai - 3 Ogos Hani Ismail akan berada di booth PTSOne pada 2 Ogos (Sabtu). Sila ke blog AG untuk maklumat lanjut Masa untuk menghabiskan duit membeli buku sudah tiba lagi. Tapi aku musykil gak. Dapatkah penerbit buku mengaut untung besar kali ini selepas kenaikan harga minyak yang mendadak? Kalau penerbit buku tak boleh buat untung, penulis macam aku pun tak boleh cari makan ler. Emm...alahai! Satu lagi, kenapa kedua-dua pesta ni diadakan hampir serentak? Sebab nak rebut tarikh sebelum bulan Ramadhan ke? Kalau buat lepas raya, tak dapat sambutan kut sebab duit dah banyak habis beraya. Kalau buat hujung tahun, mak bapak sibuk simpan duit untuk musim sekolah tahun depan. Ni termasuk dalam kategori akulah. Tahun depan Aliyah masuk darjah satu. Aku pun masih blur lagi apa yang perlu dibeli selain daripada baju dan kasut sekolah. Buku teks nak kena beli ke? Ataupun dah boleh dipinjam? Buku latihan berapa kilo nak beli...

Pesta Buku Lagi

Imej
PWTC Kuala Lumpur 31 Julai - 3 Ogos 10.00 pagi - 10.00 malam Hani Ismail akan berada di booth PTS  pada 2 Ogos 2008 jam 12.00 tgh hingga pukul 1.00 petang Kompleks PKNS, Shah Alam 25 Julai - 3 Ogos 2008

Serdang

Semalam aku pergi check up kali pertama di Hospital Serdang. Macam pegawai pemantau ISO ler plak lagak aku. Semua nak ku nilai...ekekeke. Yelah...kali pertama nak menggunakan perkhidmatan hospital awam untuk bersalin. Cerewet gak sket sebab melibatkan nyawa...hahaha. Selama ni aku guna khidmat hospital swasta. Hospital *** yang aku cerita masa bersalin kali pertama tu rupa-rupanya dianggap swasta walaupun ada bau-bau gomen. Baru aku tau semalam. Anyway, aku bukannya skeptik sangat pasal hospital kerajaan ni. Tapi cerita-cerita yang aku dengar buat aku fobia. Baru-baru ni makcik husband aku bersalin ceasarean di Hospital K*****. Jahitannya tak kering dan dijangkiti kuman. Maka hospital itu, tanpa memberitahu apa-apa, terus membuka balik jahitan tanpa memberikan bius. Kalau tak sakit, tak apa. Udah makcik aku menjerit, baru dibiusnya. Lepas dah cuci luka pun tak baik-baik juga. Disebabkan kecewa, maka pakcik aku pergi ke klinik swasta sebab merasakan keadaan luka di perut makcik aku tak...

Wajah baru

Aku dah tak ingat ini kali ke berapa aku tukar layout blog. Tiba-tiba saja semalam teringin pula nak ubah layout blog ni dan aku terjumpa layout yang menarik mata aku - ikan paus. Dulu sang rerama. Lepas ni aku tak tau ler pula apa citarasa aku seterusnya. Masa jumpa bos KN tempoh hari, kami ada berbincang mengenai novel baru aku. Jika ikut perancangan asal...surprise KDC yang terbit dulu. Tetapi setelah memikirkan strategi pemasaran, cewah...aku diberi cadangan supaya menangguhkan dulu rancangan itu dan terus mengeluarkan novel baru. Tak baru pun tapi kesinambungan DMPB. Boleh dikatakan novel baru juga walaupun latarnya sama dengan DMPB. Hanya kali ini ceritanya lainlah daripada DMPB.  Ataupun aku mungkin boleh keluarkan satu lagi novel yang memang baru yang aku usahakan serentak dengan kesinambungan DMPB dan surprise KDC. Gaya penulisan aku ialah menulis serentak novel/nopen yang aku nak terbitkan. Boleh tukar-tukar mood macam tukar gear kereta...hehehe. Pagi ni aku nak menulis. Na...

Kaki Novel

Nampaknya cuti   maternity di penghujung bulan Ogos ni jadual aku padat. Bukan setakat menjaga kesihatan diri dan baby , aku perlu menonton anime bahasa Jepun, ulang kaji pelajaran bahasa Jepun, siapkan manuskrip yang terbengkalai (dalam kiraan ada empat), dan membaca novel-novel KN yang aku baru dapat semalam. Ada 7 buah novel: Izinkan Mimpi Berulang (Zaharah Muhammad), Bahang Selatan (Aimy Najwa), Seteguh Kasih Aina Najihah (Dina Najat), Awang Vampiro (Nizam Zakaria), Cinta Seindah Madah (Puteri Andalas), Suatu Penantian (Antasya Balkis) dan terbaru daripada KN, Cupid Love (Rafizah Nordin).  Orang tua-tua kata, masa berpantang tak boleh mambaca dan menjahit. Selari dengan perubahan zaman, senarai itu dipanjangkan kepada tak boleh menonton tv dan menghadap komputer. Tak kan lah aku nak tidur aje sehari suntuk. Naik lemaklah badan. Tambah-tambah lagi kalau ada bibik maid. Lagilah aku duduk goyang kaki. Dulu masa pantang, aku memang tak duduk diam. ke hulu ke hilir jalan-jalan te...