PC Fair KLCC 2008

Hari Ahad lepas Pesta Buku '08 berakhir. Sepatutnya aku ada kat sana meraikan hari-hari terakhir pesta yang memang ditunggu-tunggu oleh orang yang macam aku - yang suka buku dan buat duit dengan menulis buku...eheheheh. Hari Ahad lepas aku ke PC Fair, ukur lantai kat sana plak sambil tersembul biji mata tengok harga PC dan gadgetnya yang turun naik ikut booth. Aku pergi sana nak beli skin laptop, sarungnya dan headphone. Murah memang murah. Tapi kena pandai cari kedai. 

Aku sebenarnya bukan nak cerita pasal shopping kat PC Fair. Ada cerita menarik sebenarnya dalam entri ni. Kalau sesiapa yang pernah pergi PC Fair tahun ni di KLCC (aku tak pernah plak pegi tahun-tahun yang lalu yang dibuat di KLCC), korang mesti faham apa  yang akan aku tulis. Kalau tak faham, gunakanlah imaginasi yang ada. Tak susah macam soalan soduku...ehehe. 

PC Fair diadakan di dua tingkat dan berasingan bilik. Jadi pengunjung kena masuk satu pintu di sebelah atas medan selera Aquaria dan keluar di pintu paling dekat ngan Suria KLCC. Oleh itu, semua pengunjung 'wajib' lalu semua hall. Ada laluan khas untuk memotong, jika korang tak mo tengok apa ada kat hall tu. Level atas semua PC, printer dan electronic gadjets. Hall bawah baru ada accessories yang aku nak. 

Aku cadangkan penganjur PBAKL tengok cara PC Fair dikendalikan. Kalau depa buat macam ni, gerenti tak ada dewan pun yang dianaktirikan. Pengunjung perlu 'diwajibkan' lalu semua hall dan letakkan yang best-best kat hall last skali...hehehe. PBAKL yang lepas ni benar-benar telah menganaktirikan TR2 yang terletak di seberang sungai, walaupun pentas utama diletakkan di situ. Walau depa buat halangan, tak bagi pengunjung buat U-turn, tetap tak berjaya meramaikan TR2. Mujur ada satu gerai 'killer' yang bleh tarik pengunjung ke sana. Kalau tak, aku gerenti sepi aje TR2. Kesian penerbit buku universiti dan institusi yang sewaktu dengannya yang macam tak popular aje di kalangan pengunjung yang tak cari buku ilmiah tapi perlu tau betapa banyaknya buku ilmiah yang telah diterbitkan di negara ini. 

Maka dengan ini, aku cadangkan PBAKL tahun depan diadakan di KLCC. Okay tak? Hehehe....kemudahan tren dan bas banyak. Parking pun banyak. Lepas penat beli buku boleh tengok ikan ataupun lepak kat kebun bunga sambil baca buku yang dibeli. Santai gitu. 

Ulasan

  1. Aku rasa macam aku suka pu.ak dgn cadangan ko nih! Hehehehe... kat KLCC mmg port santai awek2 rempit yang seksi. Sebahagian awek pula mmg cun tahap ghairah kat situ. Aku suke!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit