Instead of....

Yatta

Akhirnya, sedang aku membuat minit mesyuarat, aku secara tak sengaja terjumpa perkataan yang sama erti ataupun yang sama penggunaan dengan instead of yang selama ini membuat aku dan beberapa orang penulis tertanya-tanya. 

Contoh ayat: Teacher should emphasize on oral exercise instead of focusing on homework and   examination.
Terjemahan makna: Guru sepatutnya menekankan latihan percakapan selain hanya                     menumpukan kepada latihan dan peperiksaan. 

Aku rasa okey kut. Apa pendapat korang?

Ulasan

  1. "Selain hanya" = "instead of."

    Menarik tu,Izza. Cuma kemusykilan saya, ada kalanya "instead" boleh diterjemahkan kepada "sebaliknya" tetapi bukan untuk semua keadaan.

    Contoh ayat: "I prefer to have coffee for breakfast instead."

    Macam mana nak terjemah ya?

    BalasPadam
  2. hmm...saya lebih suka minum kopi sahaja. Mungkin penggunaan perkataan 'lebih' dan 'sahaja' boleh menggantikan makna 'instead'. anata no iken wa? hehehe....

    BalasPadam
  3. Sowi Izza lambat respon. Aku bz outstation la.

    My opinion, selain hanya bukan terjemahan untuk instead of mahupun instead. Tak masuk dari segi makna mahupun konteks.

    E.g: I bought a dictionary instead of a novel.

    Aku rasa kita boleh resolve bahawasanya instead of dan instead memang tak adaq terjemahan dalam BM. Jadi ayat-ayat BI yang ada instead of atau instead terpaksa diterjemahkan secara konteks. Lagipun instead dalam BI ialah adverb dan biasanya adverb memang sukar diterjemahkan ke BM kecuali secara konteks.

    Wallaahu a'lam.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Sambal hangit

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap