Kerana Dia Cinta ataupun ...Dan Mimpi Pun Bersatu?

PBAKL telah tamat Ahad lalu bagi tahun ini. Lebih kurang setahun dari sekarang, kita akan bertemu lagi di platform yang sama, Insya-Allah. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. 

Semasa berada di gerai KN pada minggu pertama pesta, saya sering ditanya mengenai kesinambungan DMPB dan kemungkinan KDC akan disambung. Tika itu saya tidak boleh terus berahsia lagi. Pada pengunjung yang bertanya, anda sudah tahu jawapannya. Pada yang tidak berkesempatan bertanya, saya akan jawab persoalan itu di sini.

Ketika ini, ketika sedang menulis entri ini, saya sebenarnya sedang berhenti rehat daripada menulis versi KDC yang akan diterbitkan sedikit masa lagi. Versi ini bukan sambungan, sebaliknya ia naskhah alternate reality atau realiti gantian. Sepatutnya versi ini berada di pasaran menjelang PBAKL. Malang sekali kesihatan saya tidak mengizinkan, maka penerbitannya ditunda. 

Mengenai kesinambungan DMPB yang saya uar-uarkan di blog ini pula, manuskripnya sudah 50% siap ditulis. Sekiranya semua berjalan seperti yang dirancangkan, naskhah ini akan diterbitkan hujung tahun ini ataupun awal tahun hadapan. Begitulah perancangan yang saya buat setakat ini. Sambil-sambil itu, saya sedang menyunting nopen usaha sama dengan penulis Amir Husaini. Mengenai AG3, saya terpaksa menarik nafas panjang-panjang dan dalam-dalam kerana naskhah ini akan mula ditulis selepas KDC siap ditulis. Doakan saya berjaya.

Toki wa kane nari.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit