Sebenarnya Cinta

:: Sinopsis
Novel ini melingkari sketsa kehidupan empat orang remaja iaitu Dania, Zakuan, Zahim dan Sharmine. Watak-watak lain seperti Atira, Diana, Rafidah, Nizam, Adli dan Shelby turut menyumbang konflik dan tanda tanya dalam kehidupan empat orang remaja ini. Kisah bermula dengan konflik antara Zakuan dan Zahim yang ingin merebut kasih dan perhatian gadis pujaan ramai iaitu Sharmine.

Dalam permainan rebut-merebut ini, Dania secara tidak sengaja telah terheret sama dalam kancah perebutan ini. Bermulalah ikatan persahabatan-permusuhan tidak rasmi antara empat orang remaja yang sama-sama belajar di sekolah menengah dan universiti yang sama ini. Kemunculan Shelby dalam hidup Zahim mengubah persepsi dirinya sehingga melahirkan bibit-bibit cinta terhadap Dania di luar sedarnya. Namun Dania tidak mudah menerima kerana ragu-ragu dengan keikhlasan Zahim.

Konflik demi konflik terus berlaku. Penculikan Dania, pengkhianatan Diana, kecaman Rafidah, keterlanjuran Sharmine-Zakuan, godaan Nizam, ancaman Tuan Farid dan keberanian Adli saling merencami kehidupan watak-watak dalam novel ini. Demi meleraikan konflik yang berpanjangan ini, Dania telah mengubah imejnya dengan meluruskan hati untuk ke jalan yang benar. Walaupun keihklasan hatinya dicemuh, namun dia tetap tegar. Setelah tamat pengajian, Dania ke kota Leeds mencari Zakuan dan Sharmine.

Di sini konflik yang dihadapi oleh empat remaja ini akan menemui jalan penyelesaian. Namun siapakah antara mereka yang benar-benar bahagia dengan keputusan masing-masing? Jawapan hanya akan anda temui dalam novel Sebenarnya Cinta.

:: Di Sebalik Tabir Penulisan
Tajuk asalnya Pulang. Tetapi editor telah menukarnya agar lebih komersial. Secara tidak sengaja, tajuknya hampir sama dengan novel kedua. Editor sendiri tidak menyedarinya sewaktu dia memilih tajuk tersebut. Untuk pengetahuan semua, aku memang tidak pandai untuk memilih judul novel.

Tulis tau ler....Sebenarnya cerita ini pernah satu selesaikan dahulu dan menghantarnya pada sebuah syarikat penerbitan yang masih menerbitkan novel remaja kontemporari. Malangnya tiada sebarang jawapan daripada mereka. Maka kukuburkan saja novel ini di bawah katil. Setelah novel kedua berjaya diterbitkan, aku gagal mencari idea baru. Maka segala khazanah lama di bawah katil dibawa keluar.

Lalu aku mengambil keputusan untuk merombak semua novel ini. Latar dan perwatakan diluaskan serta tema juga diubah sedikit.Dan kali ini aku berjaya menyelesaikannya dengan sad ending. Tujuannya tidak mahu menjadikan novel ini seperti filem Hindustan yang selalunya happy ending. Bagi aku hidup ini tidak semestinya berakhir dengan kegembiraan kerana kegembiraan sebenar adalah di akhirat kelak.

Komen daripada
antubuku
Benarkah cinta andai mekarnya diadun noda? Hidup beralas nafsu dan dendan bahagianya tidak ke mana. Dania melihat insan-insan di sekelilingnya tidak ubah bak pelakon pentas hidup. Memandang Sharmine dan Zakuan menyedarkan Dania bahawa: cinta yang suatu ketika dulu dikejar dosa tiada penamatnya andai wangian keinsafan itu tidak sampai ke syurgawi Ilahi.

Saati dia ingin mencambah semangat diri, Diana saudara serahimnya pula hadir mencantas harapan. Namun tembok ketabahannya tetap utuh.Kekeliruan bertandang saat perasaan Zahim terrhadap Dania membuahkan cinta. Bagai berada di perrsimpangan, Dania kembali mencari dan menilai apa sebenarnya yang tersembunyi di dalam perasaan agung ciptaan Tuhan itu (cinta)...

Novel ini melingkari sketsa kehidupan empat orang remaja iaitu Dania, Zakuan, Zahim dan Sharmine. Watak-watak lain seperti Atira, Diana, Rafidah, Nizam, Adli dan Shelby turut menyumbang konflik dan tanda tanya dalam kehidupan empat orang remaja ini. Kisah bermula dengan konflik antara Zakuan dan Zahim yang ingin merebut kasih dan perhatian gadis pujaan ramai iaitu Sharmine. Dalam permainan rebut-merebut ini, Dania secara tidak sengaja telah terheret sama dalam kancah perebutan ini. Bermulalah ikatan persahabatan-permusuhan tidak rasmi antara empat orang remaja yang sama-sama belajar di sekolah menengah dan universiti yang sama ini. Kemunculan Shelby dalam hidup Zahim mengubah persepsi dirinya sehingga melahirkan bibit-bibit cinta terhadap Dania di luar sedarnya. Namun Dania tidak mudah menerima kerana ragu-ragu dengan keikhlasan Zahim. Konflik demi konflik terus berlaku. Penculikan Dania, pengkhianatan Diana, kecaman Rafidah, keterlanjuran Sharmine-Zakuan, godaan Nizam, ancaman Tuan Farid dan keberanian Adli saling merencami kehidupan watak-watak dalam novel ini.

Demi meleraikan konflik yang berpanjangan ini, Dania telah mengubah imejnya dengan meluruskan hati untuk ke jalan yang benar. Walaupun keihklasan hatinya dicemuh, namun dia tetap tegar. Setelah tamat pengajian, Dania ke kota Leeds mencari Zakuan dan Sharmine. Di sini konflik yang dihadapi oleh empat remaja ini akan menemui jalan penyelesaian. Namun siapakah antara mereka yang benar-benar bahagia dengan keputusan masing-masing?
Sebuah novel bertemakan 'remaja' disajikan dengan bahasa basahan dan mengandungi mesej-mesej yang mengandungi pengajaran. Memandangkan aku kurang gemar dengan cerita cinta remaja jadi ku rasa tiada istimewanya novel ini dihatiku apa lagi dengan penyampaiannya yang biasa-biasa saja. Bagaimanapun plot ceritanya menarik juga cuma garapannya tidak begitu kemas, terdapat beberapa perkara yang terlepas pandang atau mungkin hilang semasa diedit (not to mention typing and grammatical errors). Ku rasa seperti ada unfinished bussines... bukan disebabkan cerita Dania itu sendiri tapi berkaitan dengan prolog yg tidak membawa makna pada epilognya.


Rasaku: ***Posted at 8/29/2005 3:24:35 am by antubuku
Posted by liya71 @ 08/29/2005 12:46 PM PDT sib baik mention... liya pun tak minat cinta remaja.. almaklum dah way over that years
..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Wadeh Udang