Hari pendaftaran aku di OUM Angkasa Raya

Ikutkan tentatif yang diterima melalui pos, waktu pendaftaran adalah dari pukul 9.00 hingga 10.45 pagi. Oleh sebab kepenatan dek majlis semalam, aku keluar rumah pukul 10.00 pagi dengan menaiki STAR dan Putra LRT. Sebaik saja sampai di OUM, jam sudah pukul 10.45 pagi. Dah lambat! Semua pelajar telah masuk ke dalam dewan mendengar ucapan aluan Presiden.

Bagaikan pahat dan penukul, aku ke hulu dan ke hilir menguruskan urusan pendaftaran.Sudah lima tahun aku meninggalkan kampus. Rasa kekok nak jadi student semula dan menjalani pengalaman yang sama semula untuk mendaftar. Keliru, bingung, blur...itulah perasaan aku. Sudahlah lambat, terkial-kial membaca peta untuk mencari arah yang sepatutnya aku pergi selepas sesuatu urusan selesai. Lepas check-in di meja pendaftaran, aku diarah ke Bilik 1: Heliconia untuk membayar yuran.

Selepas itu, berpusing tak tentu hala mencari Bilik 2: Plumbago untuk bertemu dengan koordinator program. Sebenarnya kedudukan bilik ni terbalik. Bilik nombor 2 di sebelah kiri dan diikuti dengan Bilik 1 di sebelah kanannya. Sepatutnya the other way around. Itu yang menyebabkan aku sesat jauh ke meja pendaftaran semula. Hampeh!

Selesai di Bilik 2, aku terus ke Bilik 3:Rafflesia untuk membuat pendaftaran kursus yang akan diambil untuk semester ini secara online. Habis urusan di situ, aku ke Bilik 4: Seroja untuk mengambil Kit dan Modul Pembelajaran. Dapat 3 biji buku tebal! Terkejut aku. Masa ambil degree dulu, buku teks beli sendiri. Pastuh siap dapat t-shirt dan cap lagi. Entah...aku rasa kelakar sebab mungkin dah terlalu lama tinggalkan alam kampus. Benda biasa jadi tak biasa. Dengan mengusung beg yang berat, aku disuruh ke dewan makan untuk minum pagi. Masih blur lagi sebab aku terasa seperti out of place.

Ramai sangat senior citizen...hehehe. Perasan muda ler plak . Lantas aku mencari tempat duduk yang dihuni oleh rakan sebaya. Dapat seorang kawan baru tetapi bukan dari kelas ku. Selepas makan, kami kembali ke dewan untuk mendengar taklimat kursus daripada koordinator program dan pensyarah.Memang tidak seperti yang aku duga. Master memang tak sama macam degree. Kali ni semuanya kena buat dan mula sendiri. Kalau dulu semuanya spoon feed, kali ni pandai-pandailah nak hidup.

Dah dapat assignment, kena cover 1-5 bab setiap subjek sebelum seminar pertama bulan depan. Gigit jari gak aku mendengarnya. Inikah cabaran yang aku nanti-nanti? Bolehkah aku nanti? Macam tak percaya aje aku sambung belajar lagi pada usia begini...kehkeh kehkeh. Rasa bagaikan di alam mimpi. Rasanya selama ini aku sudah terlalu jauh dengan alam persekolahan. Dan kini aku kembali menyandang status pelajar walaupun pelajar separuh masa. Rasa rindu pada keseronokan sewaktu bergelar pelajar dahulu bagaikan menggamit semula ingatan ku. Adakah sama pengalaman kali ini?

Ataupun akan ku temui sesuatu yang berbeza dalam perjalanan baru ini? Entah. Aku tidak mengharapkan sesuatu yang indah tetapi moga semuanya berjalan dengan lancar. Dan moga CGPA aku kekal 3.00 ke atas...uwaaa!!!.So, apa kaitannya tajuk entri ni antara pepahat dan pahat? Fikirlah sendiri ya .

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Wadeh Udang