Antara pepahat dan pahat
Ada dua kisah yang ingin ku paparkan untuk entri kali ini.Sabtu 14 Januari 2006.
Buat pertama kalinya tahun ini, syarikat tempat suami aku bekerja - bekas tempat kerja aku juga - telah membenarkan staf mereka membawa ahli keluarga untuk salah satu aktiviti yang dijalankan oleh kelab mereka. Oleh itu, berpeluanglah aku bertemu dengan ex-bosses dan ex-colleagues yang dah lama tak ku jumpa. Bertempat di Bagan Lalang, Sepang acara mengisi tembolok diadakan.
Sebelum ni aku tak pernah sampai ke Bagan Lalang. Hanya mendengar nama dan pengalaman orang yang pernah ke sana. Pemandangan lautnya okay lah juga. Cuma pantainya kotor sedikit. Kalau nak mandi tu...fikirlah dua tiga kali sebab takut ada kayu hanyut atau kaca atau paku. Ini pandangan aku secara kasar sebab aku tak turun ke gigi air. Sempat pijak pasir pantai suku jalan sebab takut kaki aku yang luka itu dimasuki oleh pasir halus. Acara makan-makan bermula lebih kurang jam 5.30 petang dengan hidangan pembuka selera ABC ais krim.
Aku minta double scoop lagi. Selepas selesai menghadap ABC, maka hidangan utama dibawa ke meja yang menempatkan seramai lima orang tidak termasuk Aliyah dan Bobot. Menu hidangannya - ketam bakar tiga ekor, ikan bakar (ikan termenung 3 ekor dan cencaru 2 ekor), satay ayam dan daging 40 cucuk, sotong goreng tepung, udang masak merah, ikan siakap sweet and sour, benda yang aku jarang tengok - pepahat masak pedas, tomyam campur, sayur campur dan nasi putih berserta jus oren dan air teh O.
Penuhnya meja sampai tak muat nak letak pinggan makan dan gelas. Cuba bayangkan betapa banyaknya makanan untuk dihadap oleh lima orang dewasa - 4 perempuan dan 1 lelaki (hubby aku ler). Naik senak perut. Nasib baik boleh tapau . Lepas Maghrib, cabut balik KL. Aku tidur sepanjang jalan sebaik saja kereta masuk ke lebuh raya PLUS. Kenyang dan penat (penat layan kerenah Aliyah dan Bobot yang pelbagai rencam).

Ulasan
Catat Ulasan