Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2005

Ceasarean dan normal

Menghitung hari, detik demi detik.... Sudah 29 minggu. Dalam masa dua bulan lagi penantian ini akan berakhir. Seronok dan takut (sekali lagi) bercampur-baur. Seronok sebab dapat baby baru. Takut sebab prosedur kelahiran itu nanti akan melalui beberapa saat getir dan genting. Sewaktu melahirkan Aliyah dulu, masih fresh dan tak tahu apa yang akan berlaku. Kali ini, sudah terbayang di ruang mata apa yang akan terjadi plot demi plot dan perasaan yang mengiringi sekiranya detik tersebut bermula. Bukannya sakit yang dibimbangkan. Cuma beberapa prosedur yang tidak begitu menyelesakan yang tidak begitu disukai. Mungkin disebabkan pengalaman pertama dahulu di sebuah hospital. Sebab lain padang, lain belalang. Ada yang susah, ada yang senang. Doktor sudah memberikan pilihan. Disebabkan faktor anatomi, berat baby mesti tidak lebih daripada 3 kilo. Aliyah dahulu beratnya menjangkau 3.2 kilo. Saiz yang tidak sesuai menyebabkan dia terpaksa dilahirkan melalui proses vakum (kena sedut dengan mesin ha...

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk buatku. Dan mungkin akan berlanjutan hingga ke minggu-minggu yang seterusnya jika perancangan yang sedang diusahakan berjalan lancar. Seperti yang telah kucatatkan sebelum ini, untuk tahun 2005, aku telah mensasarkan tiga objektif yang ingin dicapai. Salah satunya ialah menyertai bidang keusahawanan. Rancangan itulah yang sedang mengisi masa-masa terluangku yang ada sekarang. Hari Isnin ini aku akan pergi mendengar taklimat untuk menyertai satu program usahawan yang dianjurkan oleh sebuah perbadanan. Banyak rintangan yang harus kuhadapi demi menjayakan rancangan ini. Persoalannya, adakah aku sudah benar-benar bersedia? Jika difikirkan sedalam-dalamnya, sampai bila-bila pun aku tidak akan bersedia. Sedia atau tidak, aku akan mengorak langkah awal untuk memulakan usaha ini. Walaupun pada mulanya suami dan emak agak pesimistik setelah mendengar pelan aku, mereka akhirnya memberi sokongan setelah aku ceritakan secara terperinci mengenai konsep ...

'Cikgu Jepun'

Sewaktu beratur untuk membeli dua bungkus nasi lemak pagi tadi, di sebuah gerai berhadapan dengan rumah, satu perisitwa berlaku; yang membuatkan aku tersenyum sendiri mengenang akan zaman persekolahan. Dahulu ketika di bangku sekolah, orang kata zaman persekolahan merupakan satu jangka waktu yang paling manis dalam hidup seorang remaja. Tapi waktu itu, fikiran masih pendek. Langsung tidak mahu menerima pendapat orang yang lebih dahulu makan garam. Kalau boleh, hendak cepat tamat sekolah agar boleh bebas daripada cengkaman cikgu, kerja sekolah dan peperiksaaan. Namun selepas hampir 12 tahun meninggalkan alam persekolahan, telahan tersebut ternyata benar. Zaman persekolahan merupakan jangka waktu yang paling manis dalam hidup. Apa pun, aku bukan hendak bercerita mengenai zaman persekolahanku. Tetapi aku ingin mengulas sedikit tentang peristiwa yang berlaku tadi. Seperti biasa setiap pagi gerai nasi lemak Nyai (seorang nenek yang tinggal satu blok dengan aku), dihurung oleh pelajar-pelaja...

Biar lambat, asalkan selamat sampai

Kalau ada antara kalian pernah melihat kereta aku, tentu akan menyangka kereta itu 'mat racer' yang punya. Dengan spoiler tinggi ala-ala Batmobile, ditambah spotrim bergelang putih dan ekzos yang kuat bunyinya...tak siapa sangka orang di belakang stering ialah seorang ibu mengandung. Kelakar! Lebih menambahkan lucu, bila kelajuan kereta Wira Aeroback itu tidak selaju seperti yang sepatutnya (iaitu menyalahi undang-undang - dengan kata lain pemilik kenderaan seumpama itu suka memandu laju). Hanya 'seperti yang sepatutnya' apabila tuan punya kereta (suami aku lah tu) yang memandunya. Semenjak mengandung buat kali kedua ini, sekali lagi, aku secara automatiknya akan memandu perlahan - ikut had laju yang ditetapkan, tidak mencelah-celah untuk cepat sampai dan tidak akan 'curi jalan'. Berbeza semasa zaman bujang dan sebelum mempunyai anak. Entah kenapa tahap adrenalin menurun setiap kali memandu. Mungkin memikirkan ada dua nyawa lain yang saling bergantung pada dirik...

Januari datang lagi

kesesakan lalu lintas (Jalan Loke Yew-hell of traffic jammed), aku meniliti bait demi bait lagu tersebut. Satu perkata terlintas di fikiran. Bukankah lagu ini telah menjadi sebuah tema perpisahan seorang teman yang terpaksa menamatkan 'persahabatan' mereka pada Januari 2004 lalu? 'Persahabatan' tersebut terpaksa ditamatkan lantaran kedua-duanya sudah berumah tangga dan sudah tiba masanya mereka tidak lagi akrab seperti sewaktu di kampus dahulu. Cinta mereka waktu itu telah lama berlalu apabila masing-masing membina kehidupan sendiri. Namun, 'persahabatan' bersambung kembali apabila semacam ada sesuatu yang tidak kena dalam kehidupan berumah tangga mereka. Lantaran pertemuan diatur semula - sudah tentu di belakang pengetahuan pasangan masing-masing - atas alasan bertemu kawan lama. Lama-kelamaan pertemuan menjadi semakin kerap apabila masing-masing saling meluahkan keluhan. Dalam hal ini - kalau hendak ikutkan dari segi aspek romantik seperti yang biasa dipaparka...

Acheh drive di LRT Tmn Jaya

Semalam seperti yang telah dijanjikan, akhirnya, dapat juga aku berpeluang bertemu dengan chatters di YM yang selama ini hanya kubaca coretan mereka tanpa mengenal paras rupa dan fizikal. Tun a.ka. Syukri (mineral75.blogpsot) dan Eli (ellyna) telah menanti ketibaanku setengah jam dari masa yang telah dijanjikan. Tidak berapa lama selepas itu, Nani dan Azu (kenal ketika di AC dahulu kala) tiba. Tidak ketinggalan beberapa orang rakan Tun juga turut serta. Sebenarnya pertemuan kami semalam ialah sempena menyambut seruan kerajaan supaya menderma untuk mangsa-mangsa bencana tsunami. Kami tidak dapat menyumbang wang ringgit, tetapi sekurang-kurangnya dapat juga mendermakan pakaian-pakaian terpakai yang masih elok. Beberapa orang jiranku yang turut bersimpati juga turut menyumbang. Sumbangan-sumbangan tersebut akan disampaikan kepada mangsa-mangsa di Acheh melalui Pertubuhan Peladang (NAFAS). Dan, akhirnya, pada tahun 2005 ini berjaya juga aku melakukan sesuatu seperti ini - telah lama aku be...

Pagi sebelum tahun baru

Arahan kerajaan untuk membatalkan semua sambutan Tahun Baru amat bertepatan dengan konsep Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam. Sambutan tersebut akan digantikan dengan amal ibadat di masjid-masjid seluruh negara. Sepatutnya inilah yang harus Malaysia lakukan setiap kali menjelangnya Tahun Baru. Jangan disebabkan berlakunya tsunami barulah rakyat Malaysia insaf seketika. Apa yang melanda di negara kita baru-baru ini hanyalah tempias daripada kekuasaan dan kebesaran Allah. Sekiranya kita meratapi nasib yang menimpa - dengan kehilangan harta benda dan orang yang tersayang - fikirkanlah, sesungguhnya apa yang menimpa rakyat Malaysia tidaklah sehebat yang menimpa rakyat Acheh. Kita harus bersyukur kerana dek pulau Sumatera kita terselamat daripada hentaman tsunami secara terus. Oleh itu, bersabarlah dan reda menerima nasib yang menimpa. Kesengsaraan yang dirasai oleh mangsa di Malaysia tidaklah dapat dibandingkan dengan keperitan warga Acheh - majoritinya ialah saudara seagama dengan kita....