Hari Keluarga - pagi sebelum bertolak
Pagi tadi, Aliyah, seperti biasa buat perangai. Nak ikut umi pergi 'jeje' lagi. Menangis-nangis tak mahu pergi rumah ibu. Akibatnya hari ni masuk pejabat pukul 8.17 pagi. Merah lagi kad perakam waktu. Kalaulah boleh letak sebab "Aliyah buat perangai" tentu senang nak menghadap bos bila dia tanya kenapa selalu lewat. Tengah hari ini selepas sembahyang Jumaat, kira-kira dalam pukul 2 petang, kami sekeluarga akan bertolak ke Kayns Resort di PD. Memang suka bertolak awal sebab dengar kata tempat letak kereta terhad. Tak suka betul kalau kena letak kereta di luar resort. Tak selamat rasanya.Setakat pagi ni dah macam-macam cerita sampai ke telinga mengenai Hari Keluarga. Adatlah kalau ada yang tidak berpuas hati. AJK yang akan dipersalahkan. Bukannya senang hendak memikul tanggungjawab dengan jujur dan amanah. Kadang-kadang kepentingan diri lebih mendominasi. Dah hampir dua tahun kerja di sektor awam. Banyak juga perbezaannya jika hendak dibandingkan semasa kerja di sektor swasta dahulu. Beza yang ketara, sewaktu di tempat lama, kami lebih bersifat telus. Kalau tak suka, cakap saja. Biar bergaduh depan mata. Tapi lain pula keadaannya di sini. Suka cakap di belakang. Bila di depan, lembut gigi daripada lidah. Hipokrit. Tak selesa juga pada mulanya. Tapi bila dah lama-lama, jalan paling mudah ialah buat hal sendiri. Lapangkan telinga kiri dan kanan. Serap saja cerita yang datang macam span. Tapi lepas tu, buang balik. Antara percaya atau tidak, lain cerita. Percaya bila nampak. Tapi tak nampak, tak semestinya tak betul. Entahlah....Kadang-kadang bila fikir balik, susah betul nak jadi NAM dalam suasana organisasi sebegini. Walau apa pun, yang penting tugas hakiki berjalan seperti biasa. Tidak terganggu dek gosip dan khabar angin yang berterbangan di udara macam oksigen. Petang ni, nak berendam dalam air laut puas-puas. Dah lama tak pergi bercuti macam ni. Tentu seronok kan?
Ulasan
Catat Ulasan