Aku dan ICT

Kebergantungan terhadap ICT terutamanya Internet sejak pertengahan dekad yang lalu, dalam hidup aku, agak kritikal. Mana taknya, tiap-tiap hari kena bergantung pada e-mel untuk menanti artikel-artikel yang akan disiarkan dalam keluaran terbaharu. Sambil-sambil menyunting buku, ada kalanya terpaksa merujuk ke laman DBP untuk mencari istilah yang tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kadang-kadang bila grafik tak cukup, kenalah melayari Internet 'meminjam' grafik yang sesuai. Ataupun mencari maklumat untuk menulis artikel, terpaksa juga melayari tangki siber. Aku ni jenis yang malas nak beratur panjang di bank untuk membayar bil utiliti. Jadi jalan paling mudah ialah perbankan Internet. Kalau boleh, segala-galanya nak aku lakukan melalui Internet. Mudah, cepat dan selesa. Tapi sejak dua hari kebelakangan ini, server di pejabat 'down'. Terasa dunia gelap seketika. Sunyi dan tidak bernyawa. Tak boleh periksa e-mel, layar laman maklumat, chat di YM (heheheh). Semuanya serba tak kena. Bosan sungguh. Kalau aku yang berada pada tahun 2004, dan hanya terputus 'bekalan' Internet selama 48 jam, rasa macam nak mati tanpa teknologi ini, apa agaknya situasi generasi akan datang yang bakal mengisi tahun 2020? Agaknya waktu itu semua orang hanya duduk di rumah, bekerja, bermain, bercuti, membeli-belah...semuanya dibuat dari rumah. Tiada 'human interaction', tiada 'personal touch' dan tiada 'emotional exchange'...aku rasa manusia akan jadi macam I-Robot....wakakakakakakaakak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit