Donut Disaster
Cinta pertama aku masa ceburkan diri dalam bidang baking ialah donut. Penghujung tahun 2017, company tiba-tiba ada masalah nak bayar gaji kerana kekurangan dana daripada kerajaan. Not again! Ngeri nak bayangkan episod duka 2011 berulang kembali. Tapi disebabkan dah tau awal, maka aku pun buatlah persediaan yang sepatutnya. Cari aktiviti yang boleh mendatangkan duit dengan segera. Hasil berguru kelas hands-on pertama Kebetulan masa hadap FB, terjumpa satu iklan. Kelas belajar buat donut ala Big Apple. Tanpa fikir panjang, aku terus join kelas tu. Bermula kelas tu, aku join kelas demi kelas, modul demi modul. Walaupun aku dah tau buat donut, masih juga ada kalanya tak menjadi. Sakit betul ati kita, wak. Rasa kecewa aje kalau tak jadi tu. Yang jadi cantik tu, aku hantar ke kafe. Macam-macam topping aku buat. Tapi tak banyak. Dalam enam biji aje sebab kafe kecik. Still, ada yang complain kata tekstur donut tu dense. Kecewa kurasa. Bukan tu aje. Kadang-kadang masa nak bu...