Jalan ke Frankfurter Buchmesse~Hari Ketujuh
14 Oktober 2017 (Sabtu) Hari ni hari paling mencabar sepanjang aku ada kat Frankfurt. Masa aku mula-mula tiba dulu, receptionist hotel ada bagitahu pasal bas. Tapi masa tu aku tak berapa nak dapat tangkap maksud dia. Rupa-rupanya dia dah bagitahu, pada hari Sabtu dan Ahad, bas yang aku biasa tunggu kat bus stop Amelia-Mary-Earhart-Straße (Sebutan huruf ß ialah double s), iaitu bas 77 tak ada. Sebab bas tu cuma ada pada hari bekerja. jeng, jeng, jeng. Patutlah aku tengok dalam DB Navigator, asyik bas 61 dan bas X19 aje yang muncul. Dan bas Of 67 tu lalunya kat Garden Nord. Tak lalu kat Garden Mitte. Ah sudah. Tukar laluan pula dia ya pada hujung minggu. Jadi aku pun terpaksa menapak ke bus stop Gateway Garden Nord, yang terletak kat highway tu. Dalam DB Navigator, suruh aku naik bas X19. Jadi bila bas 61 sampai, aku buat bodoh ajelah. Bas kat sini, kalau kita tak tahan, dia akan berhenti juga sebab dia nampak ada orang tunggu. Walhal, kau bukan nak naik pun bas tu. Bus stop Gat...