Terlajak laris

Novel terbaharu aku dah keluar akhir Jun lepas. Tapi belum ada di kedai. Penerbit menjualnya menerusi online dahulu. Jadi kepada sesiapa yang nak dapatkan Srikandi vs Arjuna, boleh membelinya daripada Karangkraf Mall ataupun daripada Novel Kafe. Kalau beli dengan Novel Kafe, harus dapat autograf kan? Hehehe...tapi kena mentionlah yer sebab aku hidup dua alam. Pisahkan kehidupan peribadi dengan kehidupan glamor sebagai penulis. Eh...glamour ke? Hahahaha....entah.

Aku tak kisah bab glamour atau popular. Yang aku kisahkan ialah royalti. Hasil penat lelah aku berangan-angan kuharapkan berbaloi. Mungkin di Malaysia ni masih belum banyak penulis yang jadi jutawan kerana menulis. Hanya beberapa orang sahaja yang kukira berjaya menjadi jutawan buku. Mungkin aku akan menyusul jejak langkah penulis jutawan tersebut. Siapa tahu, kan?

Saja nak kongsi gambar kat bawah ni. Bikin hati berbunga-bunga....hahahaha


Ni betul-betul laris ataupun sekadar gimik marketing? Seandainya betul-betul laris, alhamdulillah syukur nikmat :D.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Wadeh Udang