Srikandi yang menyelamatkan aku


My precious....

Tahun lepas, hati aku terbuka nak cuba hantar manuskrip kepada Alaf21. Sebalum ni aku tak begitu ambil serius pun pasal dnegan siapa aku menulis. Janji buku keluar. Royalti dikira sebagai bonus hasil penat lelah aku menulis. Tapi entah mengapa, setelah mengambil iktibar daripada beberapa kejadian dengan penerbit lama, hati aku semakin tergerak dan kuat untuk menghantar manuskrip ke Alaf21.

Siapa tak kenal Alaf21 yang bernaung di bawah payung Karangkraf, gergasi dalam dunia penerbitan negara? Aku nak masuk sana pun, rasa macam tak layak...hehehe. Tapi aku kuatkan hati. Aku pun hantar manuskrip bulan 6 tahun lepas menggunakan nama aku sendiri, bukan nama pena aku Izza Aripin. Tujuannya supaya jika aku diterima, biarlah aku diterima kerana kualiti manuskrip. Bukan kerana nama pena Izza Aripin.

Benar jangkaanku. Pada mulanya penerbit tidak dapat teka siapa aku. Manuskrip aku diterima. Tapi Malaysia ni besar mana sangat. Nak sembunyi kat mana lagi. Sekali google, tahulah siapa si polan bin si polan. Makanya 'penyamaran' aku terbongkar. Kenalah syarahan sikit sebab mereka tak faham kenapa aku tak beritahu nama pena aku sebelum ni.

Bagi mengelakkan salah faham, maka aku bertemu penerbit dan berbincang secara empat mata. Lalu segala-galanya jelas. Dan hari ini, lahirlah Srikandi vs Arjuna. Novel tulisan aku yang ke...12. Ya...dah 12 novel yang aku tulis. Genre kanak-kanak, remaja dan dewasa. Campur semua sekali.

Novel Srikandi vs Arjuna ni bukan judul sebenar. Judul yang aku beri ialah Kasih Yang Terpatri. Paling mengejutkan sebab tajuknya amat kena dengan situasi aku sekarang ni. Novel ini bagaikan sang Srikandi yang akan menyelamatkan aku. Siapa yang tahu kisah malang yang berlaku pada aku awal tahun ni, memang faham mengapa aku kata begini. Mungkin kelahiran novel ini juga akan menjadi turning-point pada karier penulisan aku. Siapa tahu kan?

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia...kita sendiri yang usahakan. Moga Allah berkati hidup kita semua dan lindungilah kita daripada perbuatan orang-orang yang khianat. Amin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit