Preview Kasih Yang Tak Pasti (3)


“Menurut sesetengah saintis, memang wujud dunia yang selari dengan dunia kita. Mungkin kita sudah terlangkah garisan dunia selari secara tidak sengaja sewaktu ribut tadi. Ataupun ribut itu telah membuka satu pintu atau laluan yang membolehkan kita melangkah di antara dunia selari.”

“Ah! Karut! Berangan macam saintis gila!” Zalynn menjerkah. Jeritannya bergema di segenap belantara. Tetapi hanya dibalas oleh bunyi mergastua.

*****

“MUKA dia tu comel. Tapi perangai dia… mak oi. Kalah penyangak Kampung Dusun!” Komen Syafia.

“Kenakalan dia memang tak ada tandingan di sekolah kita ni,” sambung Azli.

“Tapi senakal-nakal dia tu, dia tak pernah menganiaya orang yang dalam kesusahan.” Sebaliknya Laila seperti mahu memuji pula.

“Kau pula bagaimana? Apa pendapat kau tentang dia?” Laila memandang Zulhairy.

“Perangai dia tu menyusahkan aku. Kenapa aku pula yang ditugaskan mengawasi dia?”

“Pengawas paling berkaliber di Seri Intan Emas merungut?” soal Nancy dengan sinis.

“Ah! Apa aku peduli. Yang pasti aku bosan dengan tugas baharu ni.”

*****

“Aku seorang kawan. Namaku Starian,” kata Starian. Dia masih lagi mematahkan ranting-ranting halus di tangannya.

“Kau manusia seperti aku? Adakah kau berjaya terlepas daripada tawanan Balthazar?”
Starian menggeleng.

“Aku bukan manusia seperti kau.”

Zalynn tercengang mendengarnya.

*****

Petikan daripada nopen "Cendana Petualang Merah" dalam kompilasi cerita-cerita menarik berjudul Kasih Yang Tak Pasti. Karya fantasi ini membawa anda meneroka alam selari yang penuh misteri.


Beli koleksi nopen di Novel Kafe secara online.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit