Preview Kasih Yang Tak Pasti (1)


“Dah baca sampai mana?” Satu suara asing menegurnya. Shazrynn segera mengangkat kepala memandang tuan punya suara itu. Dia sungguh terkejut apabila melihat Faris berdiri di hadapannya. Dia tergamam seketika.

“Apa kau buat kat sini?” soal Shazrynn. Dia hairan apabila melihat Faris seperti terperanjat.

“Eh, Hans kata kau yang suruh aku datang. Nak ajar mikro.”
Shazrynn tercengang.

“Hans ni nak mati agaknya!” Dia berasa begitu geram kerana Hans berjaya mengenakannya. Kalau ikutkan kata-katanya tadi sepatutnya Hans yang datang berjumpa dengannya di situ.

“Tak guna kau marah dia. Kan lebih baik jika kita mula mengulang kaji pelajaran.” Faris tersenyum lagi.

****

Zakuan cuak. Dia bangun dan berjalan ke arah koridor. Matanya menyeluruhi halaman rumahnya yang luas itu. Hatinya tidak senang. Harus dia biarkan sahaja? Tidak! Tetapi ayah… Tidak! Gadis itu tidak bersalah.

Zakuan segera menuju ke sebuah bilik yang terletak di tingkat tiga banglo mewah itu. Pintu bilik sederhana besar itu ditolak. Zakuan menghampiri seorang gadis yang terikat di sudut bilik itu. Dengan segera dia membuka ikatan tali yang mengunci pergerakan gadis itu. Apabila ikatan tangannya telah dileraikan, dengan segera Farah membuka ikatan pengikat matanya. Dia sungguh terkejut melihat Zakuan terpaku di hadapannya.


Sedutan daripada nopen berjudul "Kasih Yang Tak Pasti" dalam buku kompilasi cerita-cerita menarik Kasih Yang Tak Pasti.


Beli koleksi nopen di Novel Kafe secara online.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit