Preview Kasih Yang Tak Pasti (2)


“Zettai iya desu!” (Tentu sekali tidak!) Kay Azlinda bangkit dan meninggalkan Takashi di situ.

“Chotto matte yo!” (Jangan pergi dulu!) Takashi segera mencapai lengan Kay Azlinda.

“Gomen…mo ikanakiya.” (Maaf, saya harus pergi sekarang.)

Kay Azlinda cuba menarik kembali lengannya. Dia tidak mahu lagi disoal jawab mengenai tindakannya. Ia begitu memeritkan dan mengecewakan.

“Tsuitekite kure.” (Tolong ikut saya). Sebaliknya Takashi menarik lengan Kay Azlinda menuju ke arah bertentangan.

“Takashi, yamete...ikitakunai wa!” (Takashi, saya tak mahu ikut! Hentikan!). Kay Azlinda cuba melawan. Dia tidak faham kenapa Takashi tiba-tiba berdegil memaksanya. Selalunya Takashi tidak begini.

“Yoku kite kure yo!” (Dengar sini!)

*****

“Saya dah tempah homestay untuk kita sebab nak bagi awak pengalaman hidup cara Melayu tradisional. Awak dah terlalu ‘Jepun’.” Shah Firdaus tersenyum.

Kay Azlinda tidak jadi hendak berterusan berasa marah. Sebaliknya dia terasa lucu pula. Teruk sangatkah dia sampai terpaksa ‘dimelayukan’ semula?

*****

“Adik nampak tak kakak yang datang dengan abang semalam?” Shah Firdaus bertanya lagi.

Nora mengangguk.

“Tahu tak dia pergi mana?”

“Dia pergi kat umah hantu.” Nora nampak macam takut-takut.

“Rumah hantu? Di mana?”

“Sana. Dekat jeti.” Sebaliknya abang Nora yang bersuara.

“Boleh tunjuk pada abang?” pinta Shah Firdaus.

“Boleh.” Budak lelaki itu tersengih. “Woi kawan-kawan. Jom kita pergi rumah hantu!”

*****
Dipetik daripada nopen berjudul "Cinta Terakhir II" yang terkandung dalam kompilasi cerita-cerita menarik bertajuk Kasih Yang Tak Pasti. Sebagai makluman, nopen "Cinta Terakhir II" merupakan sambungan kepada nopen "Cinta Terakhir" yang pernah tersiar dalam kompilasi nopen berjudul Biarlah Ku Sendiri (2008).


Beli koleksi nopen di Novel Kafe secara online.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit