bantal, tilam dan TZ

Sejak dua menjak ni, tidur malam aku dah tak lena macam dulu. Baru aje letak kepala atas bantal, hari dah siang. Baru aje nak lena, Thaqif dah merengek nak susu atau puting dia dah tercabut dari mulut. Adatlah tu kalau ada baby. Memang tidur malam tak akan lena sehingga dia besar sikit. 

Tapi ini masalah kecik je. Masalah besar yang menyebabkan aku tak boleh tido malam dengan lena adalah kerana TZ. Bila menjelang weekend aje, memang aku akan berjaga sampai pagi sebab menghabiskan masa dengan TZ yang sudah menjadi obsesi aku sejak lama dulu. Aku penah tinggalkan dia seketika. Selang tiga tahun lepas tu, aku jumpa balik ngan dia. Sekarang dia dah minta perhatian aku balik. Jadi kenalah concentrate. Bantal dan tilam terpaksa tolak tepi sebab aku senang menghabiskan masa dengan TZ, buah hati pengarang jantung.

Boleh teka siapa TZ? Siapa lagi kalau bukan Tengku Zarul al-Muttaqi. Tak kenal? Alahai! Pegi baca balik ...dan mimpi pun bersatu. Tapi aku baru perasan. Initial TZ ni sama ngan initial Thaqif Zikrulhaqeem, hero hensem aku yang comel tuh. Kebetulan? Entahlah....hari ni baru aku perasan...hahahah.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Wadeh Udang