Anakronisme

Dalam kesibukan dan kecapekan menyiapkan manuskrip terbaharu untuk KN, saya sempat membaca pantas karya terbaharu Manaf Hamzah, Dalam Dakapan Senja. Di pertengahan novel itu saya jumpa nama Dr. Assad Effendi, hero Dedaun Layu di Angin Lalu, juga karya Manaf Hamzah. Teknik meminjam atau memunculkan watak atau cameo dalam novel sebelumnya ke dalam novel yang lain, memang sering dilakukan oleh penulis ataupun penggiat filem.

Malah teknik ini menjadi kegemaran saya sekali gus menjadi trademark atau tanda dagangan dalam setiap novel yang saya hasilkan, tidak kira apa genre sekali pun. Walau bagaimanapun, teknik ini perlu digunakan secara berhati-hati kerana melibatkan unsur anakronisme.

Anakronisme bermaksud meletakkan sesuatu pada latar tempat ataupun zaman yang salah. Contohnya, drama Tun Perak lakonan Jalaludin Hassan yang pernah disiarkan di kaca TV pada abad yang lepas. Dalam satu babak, tiang elektrik kelihatan. Masa zaman Tun Perak mana ada tenaga elektrik lagi. Kekeke.... Ini salah satu contoh unsur anakronisme yang wujud.

Jadi, bagaimana hendak menggunakan teknik cameo tanpa melanggar hukum anakronisme? Mudah saja. Tidak perlu sebut apa-apa perkara yang menggambarkan keadaan semasa anda menulis novel berkenaan. Contohnya, KLCC, KLIA, LCCT, model telefon bimbit, model kereta, nama pemimpin dan seumpama dengannya. Satu cara lagi ialah menidakkan realiti. Jika terdapat unsur anakronisme dalam novel, berpura-pura menyatakan yang novel ini sekadar fiksyen, dunia khayalan yang tidak wujud, macam cerita kartun....

Sungguhpun begitu, cara mengelak yang kedua itu nampak macam tak profesional. Kalau boleh saya mahu menghasilkan novel yang selari dengan hukum waktu dan tempat. Tapi kadang-kadang terlepas pandang juga sebab terlalu teruja...ngeh ngeh ngeh.

Okey, cukup setakat ini pengajaran subjek sastera. Saya nak sambung menulis kesinambungan DMPB. Tajuknya? Biarlah rahsia dahulu....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit