Pesta penulis

Seperti tahun-tahun lepas, tahun ini Pesta Buku Antarabangsa KL datang lagi. Pada hari pertama, sebelum pintu utama buka, jam 8 pagi aku sudah terpacak di PWTC. Macam tak sabar-sabar saja nak menyerbu masuk memborong apa yang patut.

Aku suka pergi time orang kerja. Jadi tak sesak. Sabtu Ahad sendat. Berlaga-laga ler pulak nanti. Kalau ada lane jantina, lainlah cerita. Tapi aku pasti kalau ada pun, sesak gak sebab kaum perempuan yang datang ke PBAKL melebihi kaum lelaki. Boleh bet RM1000 ngan aku kalu tak percaya...ekekeke.

Anyway, aku telah mengabiskan ratusan hengget juga membeli buku ulang kaji untuk Aliyah. Terlupa pula nak beli aku punya sekali. Lawak betul. Aku cuma sempan pesan novel terbaharu Manaf Hamzah aje. Novel lain tak beli sebab bajet dah habis dan aku sendiri terlupa...kekeke. 

Aku berpeluang singgah di booth fave cari makan seperti Karnadya, Jemari Seni, CESB, Alaf, Prima, NB, Fajar Pakeer. Terjumpa ngan Kak Noor and rombongan geng Kicaps, Noor Suraya, Kak Em, Aina Emir. 

Anyway (sekali lagi), aku sedang mempertimbangkan satu cadangan. Cadangan yang amat bernas. Aku rasa dalam kapasiti aku hari ini, aku perlu lakukan satu anjakan paradigma jika mahu karier penulisan aku berubah dan menuju ke arah yang aku inginkan. Anjakan yang aku nak lakukan ini amat besar kesannya. Salah satu kesan ialah perseteruan. Jadi sebelum aku bernekad mengambil keputusan itu, aku perlu bertanya pendapat dan pengalaman orang yang pernah melaluinya. Aku dah senaraikan individu yang bakal aku temu bual.

Gambarimasu!

Ulasan

  1. Salamzzz... aku bercadang nak singgah PBA lepas kerja hari Khamis dan Jumaat ni nanti. Ko ada tak? Boleh kita dating hari tu?

    BalasPadam
  2. khamis? jumaat? bos aku dah balik dr Jepun ler. cemana nak ngular...ekekek

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit