Perang broadband

Semalam aku ke PC Fair. Nampaknya acara ni akan masuk dalam kalendar 'wajib pergi' macam pesta buku.
Cara PC Fair ni dianjurkan memang menarik. Aku bercakap mengenai event di KLCC saja. Tempat lain aku tak tahu, sebab tak pernah pergi. Gini, di PC Fair hanya ada satu jalan masuk dan satu jalan keluar. Jadi setiap pengunjung akan dipaksa melalui ke semua dewan pameran. Kiranya tak boleh ler buat booth skipping macam orang selalu buat masa pesta buku. Idea mereka ni memang menarik. Sungguhpun kita tak nak beli barang tu, kita kena juga masuk dewan tu sebab itulah satu-satunya jalan keluar. Jalan lain kena barricade. Tapi kadang-kadang rimas juga sebab orang berpusu-pusu. Idea bisnes okay. Tapi keselesaan pengunjung pula yang tergadai.

Jadi masa mencari jalan keluar lepas aku beli barang yang aku nak, ada tiga operator broadband gergasi iaitu Celcom Broadband, Maxis Broadband dan yang terbaharu Wiggy sedang membuat promosi besar-besaran. Kira macam perang broadband ler juga. Masing-masing menawarkan pakej yang menarik. Harga pun sebenarnya lebih kurang sama cuma dipakejkan berbeza-beza. Kelajuan? Aku dikhabarkan Wiggy amat laju. Jadi aku pun buat survey le laman web Wimax sebelum aku ke PC Fair. Nampak menarik dengan USB modem warna hitam yang nampak elegant. Aku suka! Malangnya kat rumah aku belum ada coverage. Hampa!
Sekarang aku guna Maxis broadband. Kelajuan...okeylah. Kadang-kadang tu sakit hati juga bila speednya amat lembab. Masa tu ler teringin nak tukar lain. Mujur aku ada Streamyx. Jadilah penyelamat jiwa. So far, Streamyx okay. Maka sebab tu aku tak nak terminate account. Cuma Streamyx bukan broadband. Kalau kat rumah, aku kena duduk di ruang tamu baru boleh guna. Nak pasang wi-fi kat rumah, macam melampaulah pulak, kan, kan, kan?
Ada tak istilah penyakit jiwa broadbandholic atau wirelessholic atau Internet accessholic atau seumpama dengannya? Aku rasa aku dah berjangkit dengan penyakit jiwa milenium nih.

Ulasan

  1. Ko ni sebenarnya kekurangan zat tenetholic ni. Ko kena lebih banyak minum Horlicks.

    BalasPadam
  2. nani? ada ke zat tenetholic? aku tak minum plain horlicks. tapi kalau campur milo...aku suka!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit