Kin iro no kuruda 金色のクロダ


















Minat aku terhadap anime/manga kembali menggila semula apabila aku jumpa Kin iro no koruda prima passo atau La Corda D'oro, dalam bahasa Itali yang bermakna the golden string. Siri anime ini disiarkan di saluran Astro Animax 715 jam 7.30 malam Isnin-Jumaat dan ulangannya 11.30 malam. Kalau aku missed siaran petang, terpaksa bersengkang mata sampai jam 12 malam. Aduhai!
Anime ini mengisahkan pelajar General Education, Kahoko Hino berkeupayaan melihat Lili, dewi muzik yang menjaga Seiso Academy. Disebabkan kebolehan tersebut, Lili telah menganugerahkan kepadanya biola magis yang boleh dimainkan oleh Hino, walaupun tanpa mempunyai kemahiran menggesek biola. Lili juga memasukkan nama Hino sebagai peserta pertandingan muzik antara sekolah. Dalam pertandingan itu, Hino bertemu dengan peserta




lain iaitu Len Tsukimori, penggesek biola; Ryotaro Tsuchiura, pemetik piano; Keiichi Shimizu, penggesek cello; Kazuki Hirara, peniup trumpet; Azuma Yunoki, peniup flute; Shoko Fuyumi, peniup clarinet.

Dalam anime ni aku suka tengok hubungan antara Hino dengan Tsukimori, Hino dengan Tsuchiura, dan hubungan antara Tsukimori dengan Tsuchiura yang sentiasa berlumba sesama sendiri bagi memikat Hino. Sikap Tsukimori dan Tsuchiura lebih kurang sama; dua-dua ada ego masing-masing. Tsukimori anak kepada pemetik piano terkenal dan pemilik syarikat muzik terkenal. Manakala Tsuchiura pula pemain bola sepak. Dengan magis Lili dia termasuk dalam pertandingan muzik selepas membantu Hino dalam pusingan pertama pertandingan atau konkuru.


Kegilaan anime ini di Jepun. Sampai ada blog untuk anime ni. Muzium pun ada.

Ulasan

  1. Tu pasal dia guna bahasa Jepun ke haper entah dan bahasa Itali untuk judul tu ek? Sebab dalam bahasa Inggeris The Golden String boleh dipendekkan jadi The G-String ek? Ekekekeke... uhuk! Aiyaaarrrkkk...!!!

    BalasPadam
  2. I wonder...semua benda di mata ko nampak mewakili 18SX ke? wahahahahah....hauhauhauhau

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit