Ke udara

I
Semalam aku ke Radio IKIM.fm menjalani sesi rakaman bagi slot Mata Pena yang dikendalikan oleh rakan penerbit, Fairuz Nordin. Kali ni aku ke sana sebagai Hani Ismail bagi mempromosikan novel Akademi Gemilang: Jejak Kuasa Alam.

Ini kali kedua aku ke udara di stesen radio berkenaan. Kali pertama aku ke udara ialah membicarakan mengenai e-novel. Waktu itu aku masih lagi bersama institut. Cuak juga semalam. Berapa kali aku kena baca teks sebab laju macam shinkansen. Masa temuramah, aku ada sebut sesuatu yang aku tak patut sebut. Hish...malaslah pula nak rakam semula. Lantaklah. Aku punya suka, aku punya pendapat...wahahaha. 

II
Tak sangka pula setelah meninggalkan institut selama setahun lebih, aku kembali ke sana sebagai tetamu. Memang sungguh aku tak sangka. Ingatkan kalau dah blah tu, bye bye forever. Rupanya kembali juga aku ke sana. Ini satu-satunya tempat kerja yang punya pertalian dengan aku walaupun aku dah pergi meninggalkannya. Agensi dan akademi, aku memang tak mau ada kena-mengena lagi ngan depa. Terutama akademi tuh. Tak sanggup aku nak jejak kaki lagi ke situ.

Kita memang tak pernah menduga atau memang tak boleh meramal masa hadapan. Aku sangka aku akan kekal di institut sampai ke tua. Rupa-rupanya tidak begitu. Selepas singgah sebentar di akademi, aku melompat pula ke yayasan. Selepas ini ke mana pula? Tak siapa pun tahu. Aku sendiri pun tak boleh nak mengagak. Masih ada 4 tahun 3 bulan, iaitu tempoh masa yang aku ada bagi menentukan langkah seterusnya. Ke mana ek? 

III
Dengarkan Hani Ismail ke udara di Radio IKIM.fm 91.5, slot Mata Pena, jam 9.15 malam Isnin 23 Mac.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit